Kesan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Terhadap Pencapaian Dan Pengetahuan Geografi, Motivasi Dan Perlakuan Inkuiri Pelajar Berbeza Pencapaian: Satu Kajian Eksperimen

dc.contributor.authorNik Mohamed, Nik Mohd Zaki
dc.date.accessioned2019-04-22T06:57:53Z
dc.date.available2019-04-22T06:57:53Z
dc.date.issued2013-07
dc.description.abstractKajian ini bertujuan mengenal pasti kesan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri terhadap prestasi pencapaian geografi pelajar, pengetahuan geografi, perlakuan inkuiri dan motivasi kumpulan pelajar berbeza pencapaian. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen kumpulan kawalan tidak setara dengan reka bentuk faktorial 3 x 2. Lima orang guru dan 150 orang pelajar daripada tiga buah sekolah di daerah Bera, Pahang terlibat dalam kajian ini. Kumpulan eksperimen telah diberikan olahan pengajaran menggunakan dua model inkuiri iaitu Kitar Pembelajaran 5E dan Inkuiri Geografi 5W. Kumpulan dengan olahan pembelajaran selain inkuiri berfungsi sebagai kumpulan kawalan. Data untuk mengukur pencapaian dan pengetahuan geografi pelajar dalam satu topik pengajaran yang identikal diperoleh menggunakan instrumen ujian. Data berkaitan tingkah laku inkuiri pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran diperoleh menggunakan Inquiry Observation Protocol. Selain itu, satu set borang soal selidik digunakan untuk memperoleh data motivasi pelajar yang telah menerima olahan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri. Dari aspek prestasi pencapaian geografi, analisis ANCOVA dua hala menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara kumpulan olahan dan perbezaan pencapaian pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat kesan interaksi yang signifikan antara faktor utama kaedah pengajaran dan perbezaan pencapaian pelajar ke atas prestasi pencapaian geografi.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8082
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPembelajaran Berasaskan Inkuirien_US
dc.subjectBerbeza Pencapaianen_US
dc.titleKesan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Terhadap Pencapaian Dan Pengetahuan Geografi, Motivasi Dan Perlakuan Inkuiri Pelajar Berbeza Pencapaian: Satu Kajian Eksperimenen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: