Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat: Ulama, Ahli Politik Dan Pentadbir 1967-2004

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-01
Authors
Wan Ahmad, Wan Hasni
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini memfokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz bin Hj. Nik Mat, seorang tokoh agama, pentadbir dan ahli politik di negeri Kelantan. Kerjaya politik Tuan Guru bermula apabila beliau memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Pengkalan Chepa, pada tahun 1967 di atas tiket PAS. Pada ketika itu Kelantan dikuasai oleh parti Barisan Nasional. Beliau bersama pemimpin PAS yang lain telah berusaha untuk menawan Kelantan daripada parti Barisan Nasional. Tuan Guru, merupakan nama besar di Kelantan, terutama selepas PAS berjaya menewaskan parti Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 1990. Berikutan itu perlantikan Tuan Guru sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau berjaya membuktikan kepada masyarakat bahawa, seorang tokoh agama yang bergelar ’Tok Guru’ juga mampu menjadi seorang pemimpin politik yang berkaliber. Beliau kemudian telah membuat beberapa perubahan dalam pentadbiran politik yang merangkumi aspek ekonomi, sosial dan politik selaras dengan slogan, Membangun Bersama Islam. Analisis turut dilakukan ke atas penyokong-penyokong PAS Kelantan yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti golongan agama, masyarakat biasa serta golongan bukan Melayu. Kajian dilakukan juga ke atas retorik Retorik Tuan Guru. seringkali mendapat perhatian masyarakat. dan media massa. Terdapat juga beberapa isu yang datang daripada pemikiran beliau tetapi telah dipolitikkan, sedangkan pendapat beliau itu adalah selaras dengan pemikiran Islam. Oleh hal demikian Tuan Guru berjaya mendapat sokongan majoriti rakyatnya untuk terus mentadbir negeri Kelantan.
Description
Keywords
Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz bin Hj. Nik Mat , seorang tokoh agama, pentadbir dan ahli politik di negeri Kelantan
Citation