Perubahan struktur media akbar Indonesia dari Order Soeharto ke Order Reformasi : kajian kes hubungan media dengan pemerintah
dc.contributor.author | Nasir, Zulhasril | |
dc.date.accessioned | 2017-09-13T02:14:33Z | |
dc.date.available | 2017-09-13T02:14:33Z | |
dc.date.issued | 2004 | |
dc.description.abstract | Penggantian regim autoritarian di Indonesia pada 21 Mei 1998 telah membawa perubahan penting kepada struktur media massa dan memberi kesan yang kemudiannya membawa kepada perubahan dalam hubungan antara media dengan pemerintah. Reformasi telah mengubah banyak perkara, baik dalam struktur dalaman media maupun peranannya dalam percaturan kuasa media politik dan ekonomi. Kajian ini menilai pelbagai perkara yang melibatkan hubungan negara dengan media massa dalam kedua regim yang berubah serta aspek-aspek yang berkaitan dengan perubahan struktur dalaman media massa. Demokrasi politik dan liberalisasi ekonomi yang diikuti dengan kebebasan akhbar ternyata memperlemah kedudukan pemerintah. Akibatnya ialah, tiadanya keseimbangan kedudukan media dengan pemerintah. Di antara dapatan kajian ini ialah faktor kepemimpinan pentadbiran yang lemah dalam Order Reformasi. Perkara ini adalah penyebab utama kepada kegagalan pemerintahan dan seterusnya memperpanjangkan jangka masa krisis. Ada pandangan yang . menyatakan bahawa kebebasan akhbar yang berlaku telah melampaui had dan keinginan untuk kembali ke era Soeharto. Ini adalah gambaran dari kekecewaan dalam menghadapi permasalahan yang ada. Kaedah yang dipakai untuk membuktikan perkara di atas ialah dengan menggunakan penyelidikan kualitatif dengan teknik analisis perbincangan kritik (critical analysis discource) Norman Fairclough dan alat analisis teks framing model Gamson & Modigliani. Model framing Gamson dan Modigliani digunapakai untuk menganalisis bahasa (semiotik) teks media (akhbar Kompas dan Media Indonesia) yang menjadi bahan penyelidikan, sedangkan analisis perbincangan kritik Norman Fairclough merupakan teknik untuk menganalisis tiga peringkat: penghasilan teks, amalan perbincangan dan amalan sosio-budaya. Penggunaan berita yang berkaitan dengan kekayaan dan pemiagaan keluarga besar Soeharto sebagai contoh teks, menggambarkan kejadian rasuah yang masih berleluasa yang belum ditangani oleh penguatkuasaan undang-undang Indonesia. Rasuah yang tidak berhenti di era reformasi mungkin boleh dijadikan bahan pembanding bahawa masalah pemerintahan Order Reformasi, yang lepas dan yang akan datang, .serta tentangan yang dihadapi akhbar Indonesia tidaklah sesederhanaseperti yang dibayangkan. Bagi membincangkan itu semua, penyelidikan ini tidak bertumpu pada satu teori tetapi menggunakan beberapa teori yang erat kaitannya dengan permasalahan tersebut, termasuk ilmu sosiologi, politik, peruridangan, dan lainlain. Dalam bidang ilmu komunikasi, penyelidik di antaranya menggunakan Teori Strukturasi Anthony Gidden (1984 ) mengenai tindakan sosial yang mengatakan bahawa tindakan manusia merupakan suatu proses penghasilan dan penghasilan semula dalam pelbagai sistem sosial; dan Teori Media Politik-Ekonomi daripada Vincent Mosco (1996) yang menyarankan pergantungan ideologi kepada kuasa ekonomi dan mengarahk:an perhatian kepada struktur pemilikan dan mekanisme kerja dan kuasa pasaran media. Temuan lain yang didapati ialah, bahawa faktor ideologi media bukan setakad menjadi amalan yang boleh memandu para pengamal media dalam mencapai tujuan ideologi media,bahk:an ia boleh juga dijadikan sebagai kawalan dalaman media bilamana berkaitan dengan ekonomi pasaran di bawah desakan neoliberalisme ekonomi global. Antara kesimpulan yang dapat dikemukakan ialah penggantian reg1m autoritarian ke reg1m demokrasi mempunyai pengaruh yang berkesan kepada struktur media akhbar dan hubungan media dengan pemerintah menjadi berubah secara sangat bererti. Unsur-unsur dalam perubahan - struktur dan pengamalpengamal media dan interaksi keduanya - adalah faktor penting menuju penstrukturan semua. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/4627 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Hubungan negara dengan media massa | en_US |
dc.title | Perubahan struktur media akbar Indonesia dari Order Soeharto ke Order Reformasi : kajian kes hubungan media dengan pemerintah | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: