Analisis genetik molekul dan imunofenotip penyakit non-Hodgkin's lymphoma di Kelantan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2001-12
Authors
Mokhtar, Khairani Idah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Limfoma bukan Hodgkin (NHL) merupakan suatu keadaan malignansi yang heterogenus. Perkembangan terbaru kaedah-kaedah yang melibatkan bidang imunologi dan biologi molekul telah membantu pendiagnosan dan pengelasan NHL dilakukan dengan sempurna. Ciri-ciri pengekspresian protein seperti p53 dan bcl-2 juga memainkan peranan panting dalam sistem pengelasan limfoma. Terdapat tiga objektif ut~ma dalam kajian ini. Pertama, melihat keberkesanan penggunaan analisis flow sitometri dalam melakukan penetapan lineaj terhadap NHL menggunakan sampel ampaian sel tunggal daripada tisu segar. Kedua, mengesan penyusunan semula gen imunoglobulin rantai berat (lgH) sebagai suatu kaedah pengesanan populasi monoklon pada kes NHL menggunakan kaedah tindak balas rantai polimerase (PCR). Objektif ketiga ialah melihat pengekspresian dan taburan protein p53 dan bcl-2 pada kes NHL gred yang berbeza menggunakan kaedah pewarnaan imunohistokimia. Semua sampel yang digunakan dalam kajian ini telah diperolehi daripada pesakit-pesakit yang disyaki menghidap limfoma. Sebanyak 37 sampel nodus limfa segar digunakan untuk analisis flow sitometri. Penyediaan ampaian sel tunggal dilakukan dan sel-sel mononukleus dilabelkan dengan antibodi monoklon. Data dianalisa menggunakan alatan FacSCAN. Pengesanan penyusunan semula gen lgH menggunakan kaedah PCR telah dilakukan ke atas 43 sampel nodus limfa segar atau yang telah disejuk-bekukan. DNA diekstrakkan mengikut prosedur yang ditetapkan. PCR dijalankan menggunakan pasangan primer VH/JH. Populasi monoklon ditunjukkan oleh kehadiran jalur pada saiz di antara 90-160bp. Pewarnaan imunohistokimia menggunakan antibodi monoklon p53 (D0- 7, DAKO) dan bcl-2 (klon 124, DAKO) telah dijalankan ke atas 56 sampel hirisan tisu parafin. Melalui analisis flow sitometri, penetapan lineaj NHL dapat dilakukan pada 11/14 kes NHL- 8 dan 1 kes NHL-T. Melalui kaedah pengesanan penyusunan semula gen lgH, populasi monoklon telah diperhatikan pada 18 daripada 21 kes NHL-8, 2 kes NHL-T dan 2 kes penyakit Hodgkin manakala tiada populasi monoklon dikesan pada kes reaktif, metastatik karsinoma dan tuberkulosis. Pengekspresian protein p53 dan bcl-2 telah diperhatikan pada kes NHL daripada gred berbeza. Taburan pengekspresian yang positif terhadap protein p53 lebih kerap diperhatikan pada NHL gred pertengahan dan tinggi manakala pengekspresian bcl-2 adalah pada NHL grad pertengahan terutamanya yang berhistologi selbesardanteffieba~ Keseluruhannya, penetapan lineaj melalui analisis flow sitometri dapat dilakukan pada kes NHL yang menunjukkan nisbah kappa:lambda yang abnormal di samping pengekspresian yang positif terhadap penanda permukaan sel limfoid B. Populasi monoklon dalam kes NHL-8 dapat dikesan menggunakan kaedah pengesanan penyusunan semula gen lgH. Kaedah-kaedah ini boleh dijadikan sebagai kaedah tambahan kepada teknik imunohistopatologi dalam melakukan diagnosis dan penetapan lineaj pada kes-kes NHL. Pengekspresian protein p53 dan bcl-2 pada kes NHL dapat dikesan secara pewarnaan imunohistokimia. Kekerapan pengekspresian p53 pada kes NHL gred pertengahan/tinggi dan bcl-2 pada gred pertengahan mungkin boleh digunakan untuk menunjukkan tahap agresif sesuatu keadaan malignansi.
Description
Keywords
Non-Hodgkin's lymphoma (NHL)
Citation