Sintesis Dan Pencirian Batio3 Terdop Nd Sebagai Antena Penyalun Dielektrik (Dra).

dc.contributor.authorRejab, Nik Akmar
dc.date.accessioned2018-06-07T02:01:30Z
dc.date.available2018-06-07T02:01:30Z
dc.date.issued2010-03
dc.description.abstractSebatian barium titanat yang didopkan dengan unsur neodimium (Nd) dihasilkan berdasarkan sistem Ba(1-x)NdxTiO3 dengan nilai x berubah dari 0, 0.01, 0.03, 0.05, 0.07, 0.10 dan 0.13. Sebatian ini disediakan melalui kaedah sol gel. Serbuk dikalsin pada suhu 700°C dan fasa tetragonal wujud sebelum proses pensinteran pada 1250°C selama 3 jam. Sampel tanpa dop mempunyai struktur hablur tetragonal dan sampel berdop Nd menunjukkan peralihan fasa tetragonal kepada kubik. Selain itu, hasilan butiran halus (0.35 μm) dengan penambahan Nd adalah disebabkan oleh pertumbuhan butiran yang terhalang. Serbuk bagi setiap komposisi dibentuk menjadi pelet dan diuji sebagai Antena Penyalun Dielektrik (DRA). Setiap sampel menunjukkan frekuensi salunan wujud dalam aplikasi Jalur-X (7 – 11.2 GHz) dan permitiviti relatif (ɛr) adalah dalam julat 51.25 – 56.89 manakala kehilangan tangen, (tan δ) adalah 0.039 – 0.045 bergantung kepada kepekatan Nd pada suhu bilik. DRA yang dihasilkan sesuai diaplikasi dalam julat 8.71 – 9.16 GHz. Corak radiasi menunjukkan isyarat yang dihasilkan boleh terarah ke semua arah atau dikenali sebagai ’omni-directional signal’.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5698
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectSintesis dan pencirian BaTio3 Terdop Nden_US
dc.subjectsebagai antena penyalun dielektriken_US
dc.titleSintesis Dan Pencirian Batio3 Terdop Nd Sebagai Antena Penyalun Dielektrik (Dra).en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: