Penghasilan, Penulenan Dan Pencirian Enzim Depolimerase Daripada Azotobacter Nigricans
Loading...
Date
2004-10
Authors
ALI, AZLI
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sebanyak 9 jenis bakteria yang mempunyai keupayaan untuk menguraikan po\i(3-
hidroksibutirat) (P(3HB», telah dipencilkan dari kawasan pantai Batu Uban, Pulau
Pinang. Antara bakteria-bakteria tersebut, pencilan DpZ merupakan pencilan yang
terbaik untuk kajian selanjutnya. DpZ kemudiaannya dicamkan sebagai Azotobacter
nigricans (Azotobacter sp.).
Azotobacter sp. yang dipencilkan didapati menghasilkan enzim depolimerase
ekstrasel P(3HB) y.ang dapat menguraikan poli(3-hidroksibutirat). Selepas
pengoptimuman dilakukan, aktiviti enzim depolimerasenya terhadap substrat P(3HB)
adalah sebanyak 2.22 mglmllminit yang diperolehi apabila bakteria ini dikultur dalam
medium yang mempunyai 2.5 gIL serbuk P(3HB), 4.7 gIL CNH4hHP04, 2.0 gIL
KH2P04, 6.0 gil K2HP04, 1.0 gIL NaC!, 0.5 giL MgS04.7H20, suhu pengkulturan
30°C, pH awal medium 8.0 dan saiz inokulum sebanyak 0.025 gIL selama 108 jam
dengan kadar goncangan 200 putaran seminit. Setelah pengoptimuman dilakukan
aktiviti enzim depolimerase Azotobacter sp. terhadap substrat· P(3HB) telah
meningkat sebanyak 15 kali ganda berbanding sebelum pengoptimuman dijalankan.
Pengkulturan bakteria Azotobacter sp. dalam fermenter satu liter telah mengurangkan
·aktiviti enzim depolimerase kepada 0.4 mglml/minit, penurunan sebanyak 75% dari
keadaan yang telah dioptimumkan. Bakteria Azotobacter sp. ini dapat menggunakan
sumber karbon seperti P(3HB-ko-40% mol 3HV) dan P(3HB-ko-15% mol4HB) dan
menghasilkan enzim depolimerase yang dapat menguraikan P(3HB). Aktiviti yang
tertinggi terhadap substrat P(3HB) apabila ianya dikultur dalam P(3HB-ko-40% mol
3HV) adalah sebanyak 1.515 mglmVminit dan 1.122 mglml/minit apabila dikultur
dalam P(3HB-ko-15% mol 4HB).
Proses penulenan telah berjaya dilakukan dengan mengasingkan enzim depolimerase
daripada protein-protein lain. Protein yang mempunyai aktiviti terhadap P(3HB) ini
berberat molekul 62 000 Dalton dan titik isoelektriknya adalah pada pH 8.2. Enzim
ini mempunyai suhu optimum pada 45°C, kestabilan suhu antara 35°C hingga 45°C,
pH optimum 8.6 dalam penimbal glisina NaOH, kestabilan pH pada 10.0 penimbal
glisina NaOH dan Kmnya pada 0.99 mg/ml dan V maksnya pada 0.91 mg/mllminit.
Enzim ini dapat direncat oleh agen perencat seperti dithiothreitol, natrium dodesil
suI fat, para. metil sulfonil florida dan etano!' Manakala ion logam Mg2+ dapat
meningkatkan aktiviti enzim depolimerase sebanyak 109% tetapi ion logam Ca2+ pula
menyebabkan aktiviti enzim berkenaan berkurangan sebanyak 50%. Ion logam
argentum juga dapat menurunkan aktiviti enzim depolimerase ini.
Penguraian filem P(3HB) dan P(3HB-ko-16% mol3HV) dapat diperhatikan di bawah
mikroskop penskanan. Kesan dari penguraian substrat ini dapat dilihat dengan
pembentukkan lubang-lubang yang lebih besar di atas filem berkenaan. Manakala
pengurangan berat filem ini menandakan enzim depolimerase telah menguraikan
substrat tersebut.
Description
Keywords
Penghasilan, Penulenan Dan Pencirian Enzim Depolimerase , Daripada Azotobacter Nigricans