Penderaan Kanak-Kanak Kurang Upaya : Satu Kajian Prey Alens (Pengalaman Dan Persepsi Kanak-Kanak) Di Institusi Khas Di Semenanjung Malaysia
Loading...
Date
2009
Authors
SALLEHUDDIN, SHAMSUL AMRI
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penderaan kanak-kanak adalah satu fenomena yang serius yang memberikan kesan buruk kepada
kanak-kanak, masyarakat dan negara. Kanak-kanak kurang upaya yang didera menerima kesan
lebih teruk berbanding kanak-kanak normal.
Kajian irisan lintang bertujuan mendedahkan kepada umum tentang kadar prvalens kanak-kanak
kurang upaya yang didera dan mengenal pasti faktor risiko yang menyebabkan mereka
mengalami penderaan berdasarkan model ekologi.
Kajian ini dilaksanakan ke atas tiga kumpulan kanak-kanak kurang upaya iaitu kanak-kanak
bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Seramai 315 orang kanak-kanak kurang
upaya daripada tiga kumpulan berkenaan yang mengikuti progam pendidikan khas Kementerian
Pelajaran Malaysia telah ditemubual. Mereka diminta: menceritakan pengahiman mereka didera.
Kanak-kanak berkenaan belajar di Sekolah Menengah P~ndidikan Khas Bermasalah Penglihatan,
Setapak, Kuala Lumpur, di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Bermasalah
Pendengaran di Shah Alam, Selangor dan di 13 buah sekolah menengah yang menawarkan
program pendidikan khas bermasalah pembelajaran di negeri Kelantan.
Soal Selidik Prevalens Penderaan Kanak-kanak Kurang Upaya dan Faktor Risiko (S2P3KFR)
yang telah disahkan kebolehpercayaan dan kesahihan telah digunakan untuk merakam
pengalaman dan faktor risiko mereka didera. Proses analisa data dilakukan secara berasingan
untuk tiga kumpulan berkenaan.
Hasil kajian menunjukkan kadar prevalens penderaan kanak-kanak bermasalah penglihatan
adalah 18.3 peratus (95 % CI : 0.11,0.25), pendengaran, 50.8 peratus (95% CI : 0.42,0.59) dan
pembelajaran, 20 peratus (95% CI : 0.13, 0.27). Majoriti kanak-kanak bermasalah penglihatan
dan pembelajaran yang didera adalah didera secara fizikal manakala majoriri kanak-kanak
bermasalah pendengaran didera secara seksual.
Analisa logistik berganda yang dijalankan memperlihatkan perkaitan signifikan antara faktor
risiko kanak-kanak, ibubapadan ibu dengan penderaan kanak-kanak bermasalah penglihatan.
Bagi kumpulan pendengaran pula, wujud perkaitan signifikan antara faktor risiko kanak-kanak,
ibu dan keluarga dengan penderaan. Bagi kumpulan bermasalah pembelajaran, perkaitan
signifikan antara faktor risiko kanak-kanak dan keluarga dengan penderaan kanak-kanak dikes an.
Hasil kajian dapat memberi gambaran awal tentang fenomena penderaan kanak-kanak kurang
upaya di Malaysia. Ini dapat membantu agensi berkaitan menggubal polisi tertentu bagi
menangani permasalahan tersebut dan membantu kanak-kanak kurang upaya yang didera.
Description
Keywords
Penderaan Kanak-Kanak Kurang Upaya : Satu Kajian Prey Alens , (Pengalaman Dan Persepsi Kanak-Kanak) Di Institusi Khas Di Semenanjung Malaysia