Penderaan Kanak-Kanak Kurang Upaya : Satu Kajian Prey Alens (Pengalaman Dan Persepsi Kanak-Kanak) Di Institusi Khas Di Semenanjung Malaysia

dc.contributor.authorSALLEHUDDIN, SHAMSUL AMRI
dc.date.accessioned2016-08-24T02:05:18Z
dc.date.available2016-08-24T02:05:18Z
dc.date.issued2009
dc.description.abstractPenderaan kanak-kanak adalah satu fenomena yang serius yang memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak, masyarakat dan negara. Kanak-kanak kurang upaya yang didera menerima kesan lebih teruk berbanding kanak-kanak normal. Kajian irisan lintang bertujuan mendedahkan kepada umum tentang kadar prvalens kanak-kanak kurang upaya yang didera dan mengenal pasti faktor risiko yang menyebabkan mereka mengalami penderaan berdasarkan model ekologi. Kajian ini dilaksanakan ke atas tiga kumpulan kanak-kanak kurang upaya iaitu kanak-kanak bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Seramai 315 orang kanak-kanak kurang upaya daripada tiga kumpulan berkenaan yang mengikuti progam pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditemubual. Mereka diminta: menceritakan pengahiman mereka didera. Kanak-kanak berkenaan belajar di Sekolah Menengah P~ndidikan Khas Bermasalah Penglihatan, Setapak, Kuala Lumpur, di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Bermasalah Pendengaran di Shah Alam, Selangor dan di 13 buah sekolah menengah yang menawarkan program pendidikan khas bermasalah pembelajaran di negeri Kelantan. Soal Selidik Prevalens Penderaan Kanak-kanak Kurang Upaya dan Faktor Risiko (S2P3KFR) yang telah disahkan kebolehpercayaan dan kesahihan telah digunakan untuk merakam pengalaman dan faktor risiko mereka didera. Proses analisa data dilakukan secara berasingan untuk tiga kumpulan berkenaan. Hasil kajian menunjukkan kadar prevalens penderaan kanak-kanak bermasalah penglihatan adalah 18.3 peratus (95 % CI : 0.11,0.25), pendengaran, 50.8 peratus (95% CI : 0.42,0.59) dan pembelajaran, 20 peratus (95% CI : 0.13, 0.27). Majoriti kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pembelajaran yang didera adalah didera secara fizikal manakala majoriri kanak-kanak bermasalah pendengaran didera secara seksual. Analisa logistik berganda yang dijalankan memperlihatkan perkaitan signifikan antara faktor risiko kanak-kanak, ibubapadan ibu dengan penderaan kanak-kanak bermasalah penglihatan. Bagi kumpulan pendengaran pula, wujud perkaitan signifikan antara faktor risiko kanak-kanak, ibu dan keluarga dengan penderaan. Bagi kumpulan bermasalah pembelajaran, perkaitan signifikan antara faktor risiko kanak-kanak dan keluarga dengan penderaan kanak-kanak dikes an. Hasil kajian dapat memberi gambaran awal tentang fenomena penderaan kanak-kanak kurang upaya di Malaysia. Ini dapat membantu agensi berkaitan menggubal polisi tertentu bagi menangani permasalahan tersebut dan membantu kanak-kanak kurang upaya yang didera.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2422
dc.subjectPenderaan Kanak-Kanak Kurang Upaya : Satu Kajian Prey Alensen_US
dc.subject(Pengalaman Dan Persepsi Kanak-Kanak) Di Institusi Khas Di Semenanjung Malaysiaen_US
dc.titlePenderaan Kanak-Kanak Kurang Upaya : Satu Kajian Prey Alens (Pengalaman Dan Persepsi Kanak-Kanak) Di Institusi Khas Di Semenanjung Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Shamsul Amri b. Sallehuddin.pdf
Size:
11.65 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: