Fungsi-fungsi pekerja asuhan di rumah kanak-kanak di Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2004-01
Authors
Tan, Kien Hooi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Keluarga adalah satu unit sosial yang paling asas dalam kehidupan kanak-kanak kerana keluarga membantu kanak-kanak memenuhi keperluan mereka dari segi fizikal, emosi, sosial dan intelek. Namun begitu, keluarga kanak-kanak yang menghadapi masalah kemiskinan, penganiayaan dan ketiadaan pengasuh utama tidak dapat memainkan peranan itu dengan berkesan dan memerlukan bantuan daripada institusi sosial yang lain. Rumah kanak-kanak merupakan sejenis institusi yang dapat mengambil alih tanggungjawab keluarga untuk sementara waktu. Di rumah kanak-kanak, pekerja asuhan melaksanakan fungsi-fungsi tertentu untuk membantu kanak-kanak memenuhi keperluan mereka. Namun begitu, di Malaysia, profesion ini masih tidak diberi perhatian dari segi kelayakan, garis panduan dan kajian. Sejauh mana pekerja asuhan melaksanakan fungsi mereka masih menjadi satu isu yang tidak jelas. Kajian ini bertujuan untuk meninjau fungsi dan masalah pekerja asuhan berdasarkan jadual waktu yang ditentukan oleh pihak pentadbiran di rumah kanak-kanak. Seramai 13 orang pekerja asuhan dari 5 buah rumah kanak-kanak telah ditemu bual. Kajian ini menunjukkan bahawa pekerja asuhan melakukan fungsi yang berkaitan dengan asuhan kanak-kanak, iaitu fungsi pengajaran, pengawasan, pemberian sokongan dan penyertaan. Fungsi pengajaran, pengawas~n. pemberian sokongan dan penyertaan yang dilaksanakan oleh pekerja asuhan mempunyai implikasi yang positif terhadap keperluan kanak-kanak. Namun begitu, semasa melaksanakan fungsi-fungsi tersebut, pekerja asuhan terlibat dalam amalan kerja yang mendatangkan kesan negatif terhadap keperluan kanak-kanak. Amalan-amalan itu ialah pemfokusan kepada pengekalan aturan, pelaksanaan fungsi yang mengabaikan kepelbagaian aktiviti, pelaksanaan fungsi secara agresif, pengawasan tidak langsung, pemberian jawapan secara terus kepada kanak-kanak, pelaksanaan fungsi yang diganggu oleh perasaan, sikap dan kerja lain serta pelaksanaan fungsi yang· bercanggah dengan prinsip kerja berpasukan. Beberapa isu yang berkaitan dengan analan-amalan negatif itu telah dikemukakan, iaitu kualiti pekerja asuhan, bilangan kanak-kanak dan bilangan pekerja asuhan, keadaan kanak-kanak, keadaan fizikal pekerja asuhan, masalah kerja berpasukan dan penglibatan pekerja asuhan dalam kerja lain. Pengkaji telah mencadangkan supaya latihan diadakan untuk meningkatkan kemahiran pekerja asuhan. Di samping itu, pengkaji juga mencadangkan supaya pihak berkuasa mewujudkan satu garis panduan dan situasi kerja yang membina untuk membantu pekerja asuhan melaksanakan fungsi mereka dengan lebih berkesan.
Description
Keywords
Kehidupan kanak-kanak
Citation