Improving The Reliability And Cost-Effectiveness Of Usability Inspection Method For Mobile Application With Integrated Inspection Framework
Loading...
Date
2015-03
Authors
LIN CHOU, CHENG
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Permintaan berterusan bagi perkhidmatan dan aplikasi mudah alih yang inovatif telah mewujudkan satu peluang ekonomi baru dalam perniagaan pembangunan aplikasi. Walau bagaimanapun, gangguan teknologi yang berterusan dan isu fragmentasi dalam peranti mudah alih telah mencipta masalah teknologi yang serius, di mana para pemaju perlu bersaing untuk melancarkan aplikasi mereka sebelum kitaran hidup platform sasaran mereka mengalami perubahan. Perlumbaan melampau sedemikian telah memaksa sekumpulan pemaju syarikat teknologi yang kecil melangkau ujian kebolehgunaan demi penjimatan kos. Perbuatan yang sedemikian adalah disebabkan oleh kaedah ujian kebolehgunaan yang sedia ada terlalu memakan masa dan agak mahal untuk dikendalikan. Oleh itu, terdapat keperluan untuk pendekatan jaminan kualiti lebih tangkas dalam menilai kebolehgunaan aplikasi mudah alih, yang boleh menampung model pembangunan masa-ke-pasaran yang lebih pendek. Kajian ini bermula dengan penyelidikan ke dalam mekanik kaedah pemeriksaan kebolehgunaan yang dikenali dengan pendekatan pendiskaunan kos silih gantinya.
Description
Keywords
Improving The Reliability And Cost-Effectiveness Of Usability Inspection Method , For Mobile Application With Integrated Inspection Framework