Pendekatan sistematik dalam rekabentuk sistem· perkhidmatan bangunan: kajian kes terhadap sistem perkhidmatan lif di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
Loading...
Date
1995-04
Authors
Ibrahim, Mohd Fauzi Bin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pembangunan yang pesat di Malaysia teJah membawa kepada pembinaan bangunan
tinggi. Bangunan tertinggi yang sedang dibina di negara ini ialah bangunan Petronas,
iaitu Kuala Lumpur City Centre. Memandangk'm bangunan tinggi scperti ini begitu
kompleks dari segi menyediakan sistem perkhidmatan, maka adalah perlu pemilihan
terhadap sistern perkhidrnatan bangunan dibuat dengan cara sistematik. Berdasarkan
hakikat ini, kajian ini dibuat untuk melihat pendekatan-pendekatan sisternatik yang
digunakan dalam rnenghasilkan rekabentuk sistem perkhidmatan yang baik.
Di dalam bah 1, dibincangkan bagaimana kajian ini dibuat daripada peringkat awal
sekali hingga ke tahap penyerahan manuskrip akhir. Turut · dibincangkan bagaimana
pemilihan tajuk ini dibuat.
Sebelum kita membuat pemilihan sistem perkhidmatan yang hendak dipasang di c
sesebuah bangunan, kita perlu ada mekanisma untuk membuat keputusan yang terbaik.
Sebaik-baiknya mekanisma ini melalui proses yang sistematik. Olch itu di dalam bab 2
dibincangkan dasar-dasar rekabentuk sistcm perkhidmatan bangunan. Rasionalnya
pcmiJihan yang tcrbaik dinibi deng:m angka-angka a tau statistik tertentu. Di. dalam bab .
ini juga diperturunkan konsep-konsep tersebut. SeJain itu ia memhincangkan sistern
perkhidmatan dati segi kos.
Bangunan KOMT AR dijadikan bahan kes dalam kajian ini. Bagaimanapun kita hanya
akan menilai sistem perkhidmatan lifnya sahaja. Sebelum kita kaji seterusnya, adalah
clok jika sekiranya kita tabu masalah-masalah dan isu-isu penting dengan sistem lif. Bab
3 akan membincangkan perkara ini.
Di dalam bab 4, kita akan menyoroti sejarah perkembangan Iif daripada sistem yang
paling ringkas pada waktu sehingga sistem yang semakin kompleks kini. Tujuannya
untuk memberi gambaran bagaimana rekabentuk lif itu sendiri berkembang dari masa
ke semasa. Dengan ini diharapkan kajian ini lebih menyeluruh.
Apa yang penting bagi sesebuah bangunan tinggi ialah perkhidmatan lif yang cekap dan efektif. Oleh itu kita akan memastikan pilihan kita terhadap sistem lif adalah terbaik.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan sistem lif ini dibincangkan dalam bah 5.
Bagi menghasilkan rekabentuk yang praktikal, analisis lalulintas seharusnya dapat
dilakukan dengan lebih sistematik. Jadi di dalam bab 6 kita akan membincangkan
faktor-faktor yang mempengaruhi rekabentuk sistem perkhidmatan lit: Begitu juga
:~· ..' t
dengan aspek perancangan yang akan dibincangkan dalam bab 7.
Seterusnya di dalam bab 8, kita akan membincangkan penemuan-penemuan di dalam
sistem perkhidmatan lif di KOMTAR. Aspek-nspek yang dibincangkan termasuklah
rekabentuk dan ciri-ciri sistemnya, mekanisma kawalan dan operasinya yang
kesemuanya menjurus kepada perkara-perkara yang telah dilihat dalam bab-bab lalu.
Setelah kajian dan penelitian dibuat terhadap sistem perkhidmatan lif maka segala
rumusan-rumusan dan perbandingan-perbandingan dibincangkan di dalam bah 9. Akhir
sekali, bah 10 akan memberikan kesimpulan yang menekankan bahawa pendekatan
yang sistematik amat perlu dalam rekabentuk sistem perkhidmatan bangunan.
Description
Keywords
Rekabentuk sistem perkhidmatan bangunan: , Sistem perkhidmatan lif di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)