Bioactivity of soymilk fermented by lactic acid bacteria immobilized on agrowastes
Loading...
Date
2010
Authors
Sue Siang, Teh
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Susu soya adalah substrat cecair yang terbaik untuk pertumbuhan probiotik
selain susu kerana susu soya kaya dengan oligosakarida seperti stakiosa dan rafinosa.
Namun, kedayahidupan probiotik di dalam makanan cecair biasanya tidak melepasi
tahap keperluan sesuatu makanan probiotik. Tambahan, medium cecair tidak dapat
menyokong kemandiran bakteria probiotik untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu,
banyak cara termasuk penyekat-gerakan sel, telah dikaji untuk mengekalkan
kedayahidupan sebanyak 107 CFU/ml bagi membekalkan kesan terapeutis kepada
kesihatan manusia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan sisa pertanian
daripada durian (Durio zibethinus), cempedak (Artocarpus champeden) dan manggis
(Garcinia mangostana) sebagai agen penyekat-gerak untuk laktobasilus yang
ditumbuhkan di dalam susu soya. Lima belas probiotik yang berlainan strain telah
disaring untuk toleransi terhadap asid dan hempedu bagi menilai kemandirian
mereka di bawah tekanan gastrousus dan kebolehan untuk menghasilkan ugalaktosidase.
Lima strain probiotik yang terbaik (Lactobacillus acidophilliS FTDC
l331, L. acidophilus FTDC 2631, L. acidophilus FTDC 2333, L. acidophilliS FTDC
1733 and L. bulgaricus FTCC 0411) dipindahkan ke susu soya untuk kajian yang
seterusnya. KuIit dalaman daripada sisa pertanian telah diasingkan daripada kulit luar,
kemudian dikeringkan dan dihancurkan untuk menjadi tepung (bersaiz 150 /lm) yang
digunakan sebagai agen penyekat-gerak. Mikroskop penskanan elektron
menunjukkan sel laktobasilus adalah melekat dan terikat pada permukaan agen
pengimobil. Sel-sel laktobasilus tersekat-gerak diinokulat ke dalam susu soya dan
disimpan pada tiga suhu yang berbeza (37, 25, 4°C), dan ciri-ciri pertumbuhannya
telah dikaji selama 168 jam. Susu soya yang ditambahkan sel bebas digunakan
sebagai kawalan. Sel terimobil menunjukkan pertumbuhan yang lebih tinggi,
pengurangan gula seperti stakiosa, rafinosa, sukrosa, frutosa and glukosa yang lebih
tinggi, pengeluaran asid laktik dan asid asetik yang lebih tinggi dan pH yang lebih
rendah dalam susu soya jika dibandingkan dengan kawalan bagi semua suhu yang
dikaji. Keputusan kajian ini menunjukkan sisa pertanian boleh digunakan sebagai
penyokong pepejal untuk pengimobilan laktobasilus di dalam medium cecair. Oleh
itu, aktiviti proteolitis dan aktiviti penghambatan ACE in-vitro pada probiotik
tersekat-gerak di dalam susu soya terfermentasi dinilai dengan lebih lanjut. Susu
soya yang ditambahkan dengan sel probiotik bebas digunakan sebagai kawalan. Susu
soya yang ditambahkan dengan sel tersekat-gerak pada tepung kulit cempedak
memberi aktiviti proteolitis dan aktiviti penghambatan ACE yang paling tinggi.
Aktiviti proteolitis dan aktiviti penghambatan ACE adalah lebih tinggi pada suhu 25
dan 37°C dibandingkan dengan aktiviti pada 4°C. Hal ini adalah seiring dengan
pertumbuhan yang lebih tinggi pada 25 dan 37°C daripada pertumbuhan pada 4°C.