Sifat-Sifat Higroterma Dan Rekahan Komposit Poliamida 6 Diperkuatkan Gentian Kaca Pendek
dc.contributor.author | CHEE MENG, LOOI | |
dc.date.accessioned | 2016-09-05T01:55:43Z | |
dc.date.available | 2016-09-05T01:55:43Z | |
dc.date.issued | 2000-10 | |
dc.description.abstract | Sifat mekanik poliamida 6 diperkuat gentian kaca telah dikaji sebagai fungsi dan kelembapan. Ujian lenturan, regangan padat dan mekanik dinamik telah digunakan untuk pencirian sifat komposit pada kandungan isipadu gentian berbeza. Kajian penuaan higroterma dijalankan dengan menggunakan kinetik penyerapan kelembapan. Peresapan air ke dalam komposit telah dikaji pada kelembapan 100% menerusi perendaman spesimen ke dalam air pada suhu-suhu 27°C, 60°C dan 90°C. Model fasa tunggal bebas peresapan dengan anggapan peresapan adalah Fickian dan juga hukum peresapan Fick kedua telah digunakan. Nilai eksperimen didapati bersetuju dengan nilai teori. Kandungan kelembapan maksima dan koefisien peresapan ketara untuk komposit dengan kandungan gentian berbeza telah diselidiki. Peningkatan suhu perendaman telah didapati meningkatkan nilai koefisien peresapan ketara manakala kandungan kelembapan maksima tidak berubah dengan ketara. Proses penuaan higroterma didapati adalah suatu proses fizikal dan berbalik. Kelakuan lenturan menunjukkan peningkatan apabila kandungan gentian kaca - pendek bertambah. Kehadiran gentian juga telah mengurangkan kesan suhu dan penuaan higroterma. Keratan rentas spesimen telah diperhatikan dengan mikroskopi cahaya sebagai terdiri daripada 3 lapisan iaitu satu lapisan teras ditengah dengan dua lapisan kulit berse~e!ahannya. Pengaruh kehadiran fenomena teras kulit ke atas sifat lenturan telah dikaji. Sifat mekanik dinamik komposit telah dikaji. Kesan gentian kaca terhadap modulus storan ricihan dan kedudukan suhu serta keamatan puncak peralihan telah dikaji. Penambahan gentian kaca telah meningkatkan ketegaran struktur matrik tetapi pada suhu melebihi Tg pelematian didapati meningkat. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/2437 | |
dc.subject | Sifat-Sifat Higroterma Dan Rekahan Komposit Poliamida 6 | en_US |
dc.subject | Diperkuatkan Gentian Kaca Pendek | en_US |
dc.title | Sifat-Sifat Higroterma Dan Rekahan Komposit Poliamida 6 Diperkuatkan Gentian Kaca Pendek | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: