Faktor Penentu Pemilihan Institusi Pendidikan Menengah Islam Swasta Ikram Musleh
dc.contributor.author | Mohd Amin, Shahrinizam | |
dc.date.accessioned | 2019-03-04T01:32:12Z | |
dc.date.available | 2019-03-04T01:32:12Z | |
dc.date.issued | 2018-05 | |
dc.description.abstract | Perkembangan Institusi Pendidikan Swasta semakin meningkat terutamanya institusi pendidikan Islam swasta (IPIS). Berdasarkan perangkaan pendidikan Malaysia 2016, terdapat seramai 170,578 orang pelajar yang bersekolah di institusi pendidikan menengah Islam (IPMI) manakala seramai 10,051 orang pelajar (5.9%) adalah dari institusi pendidikan menengah Islam swasta (IPMIS). Fenomena ini menunjukkan bahawa terdapat ibu bapa yang cenderung untuk memilih pendidikan anak-anak mereka ke IPMIS walaupun pihak kerajaan telah membina, menyediakan segala kelengkapan infrastruktur, guru-guru dan pihak pentadbir yang terlatih dengan kurikulum yang lengkap tanpa dikenakan sebarang yuran bulanan. Persoalannya, apakah yang menjadi faktor penentu ibu bapa untuk terus memilih IPIS? Untuk menjawab persoalan ini, kajian ini mempunyai tiga tujuan. Pertama, mengenal pasti penentu pemilihan institusi pendidikan Islam swasta. Kedua Mengukur faktor penentu pemilihan IPMIS IKRAM MUSLEH dan ketiga, Menganalisis hubungan serta pengaruh konstruk intrinsik dan ektrinsik terhadap pemilihan IPMIS IKRAM MUSLEH. Kajian ini berbentuk kajian penjelasan dan deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan dua fasa. Fasa pertama, bertujuan untuk mencapai objektif pertama dan ketiga, data yang diperolehi melalui kajian dokumen dengan menggunakan analisis kandungan. Fasa kedua, bertujuan untuk mencapai objektif kedua, data yang diperolehi melalui kajian tinjauan dan dianalisis dengan analisis deskriptif, inferens dan regresi berganda. Hasil objektif pertama mendapati bahawa konsep pemilihan dalam perspektif Islam adalah seseorang itu perlu mengenal pasti tujuan dan matlamat terhadap pemilihan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak institusi dengan menggunakan pendekatan fiqh al-‘awlawiyyāt. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/7804 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Faktor penentu pemilihan institusi pendidikan | en_US |
dc.subject | menengah islam swasta ikram musleh | en_US |
dc.title | Faktor Penentu Pemilihan Institusi Pendidikan Menengah Islam Swasta Ikram Musleh | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: