Pemerintahan Pas Di Kelantan 1959-1978: Kekuatan, Kemelut Dan Kejatuhan.

Loading...
Thumbnail Image
Date
2013-07
Authors
Che Yusoff, Che Hassan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kelantan merupakan sebuah negeri yang amat menarik sekali untuk dikaji tentang perkembangan politiknya. Namun apa yang menarik itu bagaimanapun masih gagal untuk mendorong para pengkaji politik tempatan membuat kajian terperinci mengenainya, khususnya aspek pemerintahan PAS di Kelantan dari 1959 ke 1978 yang merangkumi aspek kekuatan, kemelut dan kejatuhannya secara spesifik. Kajian ini akan cuba meneliti perkembangan pemerintahan PAS di Kelantan antara tahun 1959-1978 yang jarang dilakukan oleh pengkaji lain sebelum ini. Kajian ini juga tidak mengabaikan dan akan meneliti faktor-faktor kejatuhan pemerintahan PAS di Kelantan pada tahun 1978 sehingga diambil-alih semula oleh UMNO-Barisan Nasional. Sejarah politik dan pemerintahan di Kelantan hanya melibatkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan United Malays National Organisation (UMNO). Dua parti terbesar Melayu-Islam inilah yang mendominasikan fahaman dan pegangan politik rakyat Kelantan. Kelantan terkenal dengan rakyat yang kuat agama. Kewujudan banyak pusat pengajian pondok di Kelantan telah menyebabkan ia diberi gelaran Serambi Mekah, Tanah Serendah Sekebun Bunga dan sinonim dengan gelaran Negeri Tadahan Wahyu. Begitulah dengan watannya yang mempunyai semangat jati diri Melayu-Islam yang tinggi. Kelantan adalah antara negeri yang unik kerana sebelum merdeka pernah melalui likuan sejarah di bawah naungan kuasa Siam sebelum 1909. Selepas itu dinaungi oleh penjajah Inggeris melalui Perjanjian Bangkok 1909 sehinggalah merdeka pada 31 Ogos 1957. Menjelang merdeka, satu pilihan raya Persekutuan 1955, dengan kuasa politik yang ada pada rakyatnya telah memberi mandat kepada UMNO-Perikatan mentadbir dan memerintah Kelantan. Walau bagaimanapun, pada pilihan raya pertama 1959 selepas merdeka berlaku perubahan Kerajaan Negeri kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) setelah diberi mandat oleh rakyat Kelantan untuk menerajui kuasa politik negeri. Mandat kuasa kepada PAS itu berterusan sehinggalah tercetus politik darurat pada tahun 1977 yang menyaksikan mandat ini beralih kepada UMNO-Barisan Nasional. Kemelut politik itu telah membawa kepada kelahiran parti BERJASA dan HAMIM yang merupakan serpihan daripada PAS. Namun demikian, BERJASA dan HAMIM tidak bertahan lama dalam arena politik. Tidak keterlaluan jika dikatakan rakyat Kelantan kuat berpolitik. Hal ini jelas dapat dilihat dengan mereka sudah beberapa kali menukar parti bagi membentuk kerajaan di negeri tersebut.
Description
Keywords
Pemerintahan Pas Di Kelantan , Kekuatan, Kemelut Dan Kejatuhan
Citation