Tindakbalas Oksigen Singlet Dengan Skualena Dan Olefin Lain

dc.contributor.authorCheng Fei, Khaw
dc.date.accessioned2016-10-24T03:42:17Z
dc.date.available2016-10-24T03:42:17Z
dc.date.issued1997-02
dc.description.abstractSuatu teknik eksperimen untuk tindak bolas oksigen singlet dengan skualena pada skala sederhana besar telah berjaya dilaksanakan. Olehan monoalkohol yang diperolehi boleh mencapai 64.6%. Enam monoalkohol berjaya diasingkan dengan kombinasi kaedah kromatografi dan struktur mereka dicirikan secara teliti dengan kaedah spektroskopi dan kimia. Kenam-enam monoalkohol ini telah dikenali sebagai 2,6, 10,15,19,23- heksametil-3,6, 10, 14, 18,22-tetrakosaheksaena-2-ol; 2,6, 1 0, 15,19,23- heksametil-2,7, 10, 14, 18,22-tetrakosaheksaena-6-ol; 2,6, 1 0, 15,19,23- heksametil-2,6, 11, 14, 18,22-tetrakosaheksaena-1 0-ol; 2,6, 10, 15,19,23- heksametil-1,6, 10, 14, 18,22-tetrakosaheksaena-3-ol; 2,1 0, 15,19,23- pentametil-6-metilena-2, 10, 14, 18,22-tetrakosaheksaena-7-ol; 2,6, 15,19,23- pentametil-1 0-metilena-2,6, 14, 18,22-tetrakosaheksaena-11-ol. Pembentukan alkohol ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan biogenesis isoprenoid tembakau. Percubaan tindak bolas pensiklikan telah dilakukan dengan kaedah literatur tetapi hanya sedikit bukti yang menunjukkan bahawa kumpulan hidroksi alilik adalah suatu pemula yang baik; pendehidraran merupakan tindak bolas yang dicenderungi. Penggantian kumpulan hidroksi dengan Cl melalui tindak bolas SNi' telah dilakukan dengan tionil klorida di dalam piridina dalam usaha untuk menghasilkan semula skuclena daripada alkohol. Keadaan tindak bolas didapati tidak sesuai untuk menjalani SNi' tunggal. Tindak bolas oksigen singlet dengan reaktor baru juga telah dilakukan ke atas minyak bun go matahari. Kajian sifat fizikal dan struktur kimia untuk hasil trigliserida terhidroksi telah dilakukan. Malangnya, kelikatan yang diukur tidak menghampiri kelikatan minyak kastor. Tindak bolas dengan ftalik anhidrida dan maleik anhidrida dilakukan ke atas trigliserida terhidroksi dalam usaha untuk menghasilkan polyester telah menemui kegagalan. Tidak kurang daripada enam terbitan monohidroksi asid oleik dan linolenik daripada tindak bolas di antara oksigen singlet dengan minyak bunga matahari telah dikenalpasti dengan spektrometer jisim melalui terbitan ester metil mereka. Kesemua hasil ini didapati soma dengan bahan antikulat semulajadi daripada Ph/eum protense, Oryzo sativa L., L. sinc/airii, L. socchorina dan spesies lain dan oleh itu mewakili sintesis separa sebatiansebatian aktif biologi mereka.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2818
dc.subjectSains Kimiaen_US
dc.subjectTindakbalas Oksigenen_US
dc.titleTindakbalas Oksigen Singlet Dengan Skualena Dan Olefin Lainen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: