Kesan Permainan Pendidikan Dengan Penerangan Kendiri Terhadap Pembelajaran Hukum Newton Pelajar Sekolah Menengah

dc.contributor.authorAlias, Siti Nursaila
dc.date.accessioned2018-01-11T06:33:40Z
dc.date.available2018-01-11T06:33:40Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractHukum Newton merupakan satu topik dalam silibus Fizik sekolah menengah di Malaysia. Pencapaian bagi kebanyakan pelajar dalam pembelajaran hukum Newton adalah rendah. Oleh itu, kajian kuasi-eksperimen telah dijalankan bagi menentukan mod pembelajaran yang efektif dan efisien bagi pembelajaran hukum Newton dalam kalangan pelajar secara umum dan juga yang berlainan tahap kebolehan (tinggi/rendah). Seramai 196 orang pelajar fizik tingkatan empat di Kuala Kangsar, Perak dipilih sebagai responden kajian. Pemboleh ubah bersandar ialah skor min pencapaian dan skor min kecekapan pembelajaran, pemboleh ubah tidak bersandar adalah mod pembelajaran [mod permainan pendidikan dengan penerangan kendiri (MDPK), mod permainan pendidikan tanpa penerangan kendiri (MTPK) dan mod tradisional (TRA)] dan pemboleh ubah moderator adalah tahap kebolehan pelajar (tinggi/rendah). Permainan pendidikan hukum Newton telah dibangunkan menggunakan model Prototaip Pantas dan direka bentuk berdasarkan elemen permainan dan teknik perancah (contoh bekerja dan penerangan kendiri) dengan sokongan berikut: teori pembelajaran, iaitu teori behaviorisme, teori konstruktivisme, teori perubahan konseptual, teori pembelajaran kognitif, teori beban kognitif, teori pemprosesan maklumat dan teori kognitif pembelajaran multimedia bagi memastikan penjajaran konstruktif yang berkesan semasa pembelajaran. Ini merupakan hasil dapatan utama kajian menunjukkan mod permainan pendidikan meningkatkan pencapaian dan kecekapan pembelajaran hukum Newton berbanding mod tradisional. Pelajar kebolehan tinggi yang menggunakan mod MDPK dan MTPK serta pelajar kebolehan rendah yang menggunakan mod MDPK menunjukkan pencapaian yang lebih baik secara signifikan. Manakala dapatan menunjukkan pelajar kebolehan rendah yang menggunakan mod MDPK dan MTPK menunjukkan kecekapan pembelajaran lebih kurang sama walaupun terdapat penerangan kendiri tetapi pelajar kebolehan rendah mempunyai banyak beban kognitif germane kerana pengetahuan sedia ada mereka adalah rendah. Dapatan ini disokong oleh dapatan temubual pelajar di mana pelajar kebolehan tinggi dapat membentuk model statik, model dinamik dan model sebab-akibat dengan bantuan penerangan kendiri atau tanpa bantuan penerangan kendiri. Pelajar kebolehan rendah dapat membentuk model statik dan model dinamik hanya apabila disediakan penerangan kendiri. Pelajar berlainan tahap kebolehan yang menggunakan mod permainan pendidikan hukum Newton membantu menyumbang kepada kesan elemen-elemen kritikal serta memudahcara pengkonstruksian skema hukum Newton. Kajian ini merumuskan bahawa mod permainan pendidikan mempunyai peranan dalam meningkatkan pencapaian dan kecekapan pembelajaran pelajar. Penerangan kendiri bertindak sebagai perancah bagi membantu pelajar membuat penjelasan semasa pembentukan model sebab-akibat serta model mental yang koheren dan skema automatik. Dengan itu, pemilihan mod pembelajaran mestilah sejajar konstruktif dengan domain pembelajaran, pengetahuan sedia ada dan kebolehan pelajar serta menekankan pengetahuan konseptual sebelum pengetahuan prosedural dan pengetahuan strategik bagi mendapatkan pembelajaran yang efektif dan efisien.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5371
dc.subjectMod pembelajaran yang efektif dan efisienen_US
dc.subjectbagi pembelajaran hukum Newton dalam kalangan pelajaren_US
dc.titleKesan Permainan Pendidikan Dengan Penerangan Kendiri Terhadap Pembelajaran Hukum Newton Pelajar Sekolah Menengahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: