Perubahan Biokimia Cecair Serebrospina Pesakit- Pesakit Kecederaan Trauma Parah Di Kepala Kaedah Persampelan Terus
Loading...
Date
2004-01
Authors
OTHMAN, CHE NORIAH
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Gangguan di dalam homeostasis ion dan pengutus saraf dikenalpasti sebagai
mekanisme mungkin yang paling penting yang menyumbang kepada pembentukan
kerosakan otak sekunder selepas kecederaan trauma di kepala. Tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk melihat perubahan yang berlaku pada biokimia cecair
serebrospina [ CSF ] otak selepas kecederaan parah di kepala dan untuk melihat
perhubungan di antara biokimia CSF dengan keparahan kecederaan melalui teknik
persampelan terLis CSF dari pesakit-pesakit kecederaan parah di kepala.
Kajian ini dijalankan dari Januari 2000 hingga Disember 2000. Subjek adalah
terdiri daripada 42 orang pesakit kecederaan trauma parah di kepala
[ Skor Koma Glasgow ( GCS ) ~ 8 J dan memerlukan permonitoran intrakranial
yang dirujuk ke Unit Rawatan Rapi [ ICU ], Hospital Universiti Sains Malaysia
[ HUSM ]. Pesakit yang mempunyai kecederaan sampingan parah lain dan yang
mengidap penyakit kronik seperti koronari, hipertensi dan kencing manis tidak
dipilih untuk kajian. Semua pesakit melalui protokol rawatan untuk kes kecederaan
otak parah. Tidak ada intervensi tambahan yang diperlukan untuk tujuan kajian ini.
Pesakit dikelaskan kepada tiga kumpulan mengikut·-tahap tekanan intrakranial
[ ICP J : Kumpulan 1 [ICP ~ 10mmHg ], Kumpulan 2 [ ICP > 10 < 18mmHg ] dan
kumpulan 3 [ ICP ::: 18mmHg ]. Bacaan tanda vital diambil dari setiap pesakit
sebaik sahaja persampelan dimulakan. 1 ml sampel CSF ( melalui kateter
intraventrikel yang dipasang sebagai salah satu tatacara rawatan ), dan 2.5ml
sam pel darah vena dan arteri diambil dari setiap pesakit. Semua sam pel dijalankan
ujian untuk glukosa menggunakan Sistem Glukometer Elite [ Bayer] diikuti oleh
analisis untuk pH, p02, pC02, % ketepuan oksigen, bikarbonat dan hemoglobin,
laktat dan CI- menggunakan penganalisis automatik [ Radiometer A VL 700].
Semua sam pel kemudiannya diempar dan supernatan diambil dan dilakukan ujian
untuk, Na +, K+ menggunakan Fotometer Cahaya. Analisis statistik dijalankan
menggunakan ujian One Way Analysis of Variance ( ANOVA ) dan ujian korelasi.
Keputusan dibentangkan dalam purata ± SEM ( ralat piawai )
Description
Keywords
Perubahan Biokimia Cecair Serebrospina Pesakit- Pesakit , Kecederaan Trauma Parah Di Kepala Kaedah Persampelan Terus