Perubahan Biokimia Cecair Serebrospina Pesakit- Pesakit Kecederaan Trauma Parah Di Kepala Kaedah Persampelan Terus
dc.contributor.author | OTHMAN, CHE NORIAH | |
dc.date.accessioned | 2016-07-25T00:40:58Z | |
dc.date.available | 2016-07-25T00:40:58Z | |
dc.date.issued | 2004-01 | |
dc.description.abstract | Gangguan di dalam homeostasis ion dan pengutus saraf dikenalpasti sebagai mekanisme mungkin yang paling penting yang menyumbang kepada pembentukan kerosakan otak sekunder selepas kecederaan trauma di kepala. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan yang berlaku pada biokimia cecair serebrospina [ CSF ] otak selepas kecederaan parah di kepala dan untuk melihat perhubungan di antara biokimia CSF dengan keparahan kecederaan melalui teknik persampelan terLis CSF dari pesakit-pesakit kecederaan parah di kepala. Kajian ini dijalankan dari Januari 2000 hingga Disember 2000. Subjek adalah terdiri daripada 42 orang pesakit kecederaan trauma parah di kepala [ Skor Koma Glasgow ( GCS ) ~ 8 J dan memerlukan permonitoran intrakranial yang dirujuk ke Unit Rawatan Rapi [ ICU ], Hospital Universiti Sains Malaysia [ HUSM ]. Pesakit yang mempunyai kecederaan sampingan parah lain dan yang mengidap penyakit kronik seperti koronari, hipertensi dan kencing manis tidak dipilih untuk kajian. Semua pesakit melalui protokol rawatan untuk kes kecederaan otak parah. Tidak ada intervensi tambahan yang diperlukan untuk tujuan kajian ini. Pesakit dikelaskan kepada tiga kumpulan mengikut·-tahap tekanan intrakranial [ ICP J : Kumpulan 1 [ICP ~ 10mmHg ], Kumpulan 2 [ ICP > 10 < 18mmHg ] dan kumpulan 3 [ ICP ::: 18mmHg ]. Bacaan tanda vital diambil dari setiap pesakit sebaik sahaja persampelan dimulakan. 1 ml sampel CSF ( melalui kateter intraventrikel yang dipasang sebagai salah satu tatacara rawatan ), dan 2.5ml sam pel darah vena dan arteri diambil dari setiap pesakit. Semua sam pel dijalankan ujian untuk glukosa menggunakan Sistem Glukometer Elite [ Bayer] diikuti oleh analisis untuk pH, p02, pC02, % ketepuan oksigen, bikarbonat dan hemoglobin, laktat dan CI- menggunakan penganalisis automatik [ Radiometer A VL 700]. Semua sam pel kemudiannya diempar dan supernatan diambil dan dilakukan ujian untuk, Na +, K+ menggunakan Fotometer Cahaya. Analisis statistik dijalankan menggunakan ujian One Way Analysis of Variance ( ANOVA ) dan ujian korelasi. Keputusan dibentangkan dalam purata ± SEM ( ralat piawai ) | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/2297 | |
dc.subject | Perubahan Biokimia Cecair Serebrospina Pesakit- Pesakit | en_US |
dc.subject | Kecederaan Trauma Parah Di Kepala Kaedah Persampelan Terus | en_US |
dc.title | Perubahan Biokimia Cecair Serebrospina Pesakit- Pesakit Kecederaan Trauma Parah Di Kepala Kaedah Persampelan Terus | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |