PENGURUSAN PENYELENGGARAAN SISTEM PERKHIDMATAN BANGUNAN HOSPITAL SWASTA DI MALAYSIA, KAJIAN KES : HOSPITAL PAKAR DAMANSARA
Loading...
Date
2001
Authors
AHMAD ZAWAWI, EMMA MARINIE
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kursus REL 572 ini rnerupakan satu kursus wajib kepada pelajar-pelajar Ijazah
Tinggi, Sarjana Sains Teknologi Bangunan sebagai syarat pengijazahan. ia merupakan
satu penulisan kajian terperinci berkenaan tajuk-tajuk yang dipilih yang berkaitan dengan
Teknologi Bangunan. Tesis ini merupakan satu bahan penilaian yang dapat menentukan
kesungguhan dan kredibiliti pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Tesis ini adalah merangkumi bidang penyelenggaraan perkhidmatan bangunan.
Pengurusan Penyelenggaraan Sistem Perkhidmatan Bangunan dipilih sebagai tajuk tesis
bersesuaian dengan kepentingannya yang tertentu. Bidang penyelenggaraan bangunan
boleh dianggap sesuatu yang baru tetapi ia adalah satu bidang penting terhadap alam bina
dalam rnemastikan kualiti serta mernanjangkan hanyat seseuatu peralatan. Setiap
bangunan itu perlu diselenggarakan tidak kira sarna ada dari segi struktur atau peralatan
perkhirnatan bangunan di dalarnnya. Maka dengan itu tajuk ini dipilih sebagai memenuhi
kehendak semasa meningkatkan kualiti penyelenggaraan.
Pengurusan yang mantap dapat meningkatkan kualiti kerja serta mengurangkan
kos. Tesis ini juga menyingkap keberkesanan sistern pengurusan yang dilaksanakan oleh
pihak yang terlibat dan sejauh mana sistem itu dapat memuaskan hati pengguna.
Kecekapan seorang pengurus juga adalah penting dalam menentukan tahap prestadi
sesuatu oraganisasi. Analisis yang dijalankan mendapati pengurusan penyelenggaraan
hospital adalah dalam keadaan yan; mernuaskan. Tahap keselesaan di atas perkhidmatan
yang diberikan juga memerJukan pertimbangan yang sewajamya. Bangunan hospital
dipilih adalah kerana fungsinya yang lain dari bangunan lain. Hospital mernerlukan penyelenggaraan yang kemas dan mantap bagi menjamin keselesaan dan keselamatan serta kesihatan pesakit-pesakitnya.
Selain itu. tesis ini juga mengkaji faktor-faktor semasa dalam meningkatkan
kualiti pengurusan serta menilai kelemahan serta kebaikan yang terdapat dalam sistem
yang dilaksanakan. .Antara faktor yang diambil kira adalah seperti profesionalisme,
komitmen, teknologi dan sebagainya. Saranan dan cadangan serta komen-komen
membina juga dapat dihuraikan daripada analisis yang dilakukan dari masa ke semasa.
Description
Keywords
BANGUNAN , HOSPITAL