Seni Tampak Dalam Epik Tamil Silappathikaram
dc.contributor.author | Olagan, Saraswathi | |
dc.date.accessioned | 2018-02-02T07:28:27Z | |
dc.date.available | 2018-02-02T07:28:27Z | |
dc.date.issued | 2017-03 | |
dc.description.abstract | Kajian ini memfokuskan aspek-aspek seni tampak yang terdapat dalam epik klasik Silappathikaram iaitu asas bagi segala pengetahuan bidang seni, khususnya seni halus. Warisan budaya masyarakat Tamil diserlahkan dan ditunjukkan secara halus dan teliti dalam epik ini. Objektif utama kajian ini menyelusuri kedudukan dan latar belakang masyarakat zaman Silappathikaram dan membincangkan peranan seni tampak dalam kehidupan masyarakat Tamil berdasarkan epik Silappathikaram. Objektif ini adalah ternyata penting bagi mendalami kehidupan masyarakat Tamil yang tertua dan seni tampak memainkan peranan penting yang dimainkan oleh seni tampak dalam kehidupan mereka. Objektif kajian selanjutnya adalah untuk meneliti peranan dan unsur seni tampak dalam masyarakat Tamil dalam epik Silappathikaram, mengenal pasti dan memperlihatkan aspek seni tampak melalui puisi-puisi pilihan epik Silappathikaram. Selain itu menghasilkan lakaran seni tampak berdasarkan segmen pilihan tersebut. Hal ini demikian kerana paparan tersebut berupaya memberikan kefahaman yang jelas kepada khalayak. Dalam sesebuah kajian pelbagai teori akan digunakan bagi memastikan objektif kajian yang digariskan tercapai. Teori yang digunakan untuk merealisasikan kajian ini ialah teori seni tampak. Antara objektif yang telah digariskan dalam kajian ini ialah meneliti peranan dan unsur seni tampak dalam kehidupan masyarakat Tamil dalam epik Silappathikaram, mengenal pasti dan melihatkan aspek seni tampak melalui segmen-segmen pilihan dalam epik Siappathikaram dan menghasilkan lakaran seni tampak berdasarkan sekmen pilihan tersebut. Hal ini demikian kerana paparan tampak berkenaan berupaya memberi kefahaman jelas pada khalayak. Selain teori tersebut, pendekatan kualitatif digunakan sebagai pendekatan asas untuk mengaplikasikan penggunaan teori seni tampak tersebut serta melibatkan penjanaan data dalam bentuk formal secara langsung. Analisis akan bersandarkan elemen yang terdapat dalam seni tampak seperti tema, struktur, ruang, garis dan warna terhadap baris-baris puisi daripada epik Silappathikaram. Hasil kajian memperlihatkan perkembangan seni tampak yang terlindung pada zaman lampau yang dimiliki oleh masyarakat Tamil pada zaman klasik secara rinci. Kajian ini juga menyerlahkan keunikan seni tampak yang menjadi bahagian penting daripada kesusasteraan zaman lampau seperti yang terdapat dalam epik Silappathikaram. Kajian ini dipercayai dapat memberikan gambaran yang jelas dan membuka minda masyarakat tentang keunikan seni dan kesusasteraan zaman lampau seperti yang ditonjolkan dalam epik Silappathikaram. Selain itu juga, kajian ini dapat memberikan gambaran dan semangat yang baru kepada generasi akan datang untuk terus menerokai bidang kesenian dan kesusasteraan sebagai khazanah ketamadunan yang tinggi nilainya. Kajian ini dipercayai dapat dijadikan sebagai bahan rujukan bagi para pelajar di institusi pengajian tinggi pada masa akan datang khasnya dalam bidang kesusasteraan, klasik dan juga seni tampak. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/5490 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Seni tampak yang terdapat dalam | en_US |
dc.subject | epik klasik Silappathikaram | en_US |
dc.title | Seni Tampak Dalam Epik Tamil Silappathikaram | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: