Pelancongan domestik di Tanah Besar Kedah : tinjauan dari sudut pengurusan pemasaran

Loading...
Thumbnail Image
Date
2004
Authors
Ahmad Mukhtar, Nusrah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Negeri Kedah dikenali sebagai Jelapang Padi mempunyai dua bahagian iaitu Tanah Besar dan Pulau Langkawi. Dalam pelancongan di negeri Kedah, seakan terdapat pengasingan di antara Tanah Besar dengan Pulau Langkawi. Tanah Besar masih lagi berusaha menarik kedatangan pelancong domestik, tetapi Pulau Langkawi terkenal sebagai destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa. Kerajaan negeri telah berusaha membangunkan pelancongan di Tanah Besar dan mewujudkan berbagai-bagai produk pelancongan untuk memenuhi citarasa pelancong domestik, namun masih belum mampu menggalakkan kedatangan pelancong domestik ke sini. Promosi yang dijalankan oleh kerajaan negeri hanya lebih tertumpu kepada pameran pelancongan dan juga di media cetak. Begitu juga dengan pihak agensi pelancongan yang lebih cenderung menggunakan brosur dan risalah sebagai bahan promosi mereka. Kedua-dua pihak ini didapati tidak mempunyai promosi yang khusus untuk menarik pelancong domestik ke Tanah Besar. Kajian ini untuk melihat fungsi promosi dalam pelancongan domestik di Tanah Besar Kedah, dan meninjau keadaan pelancongan domestik di sini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, menggunakan soalselidik, temuduga bersemuka dan menerusi telefon terhadap pelancong domestik, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah dan agensi pelancongan di Tanah Besar Kedah. Penemuan kajian ini diwakili analisis deskriptif setelah tinjauan dibuat ke atas ketiga-tiga .kumpulan responden tersebut. Hasil kajian menunjukkan Tanah Besar Kedah hanya menjadi tumpuan pelancongjarak dekat dan tahap peranan promosi untuk menggalakkan kedatangan pelancong domestik ke sini masih rendah. Promosi boleh memainkan peranan untuk menarik minat pelancong domestik ke sini, tetapi ia kurang diterapkan dalam pelancongan di Tanah Besar Kedah.
Description
Keywords
Kerajaan negeri telah berusaha membangunkan pelancongan di Tanah Besar , dan mewujudkan berbagai-bagai produk pelancongan untuk memenuhi citarasa pelancong domestik
Citation