Pertukaran Kod Sebagai Alat Komunikasi Untuk Pembelajaran Sains Di Satu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Di Malaysia
Loading...
Date
2011-05
Authors
Oon, Kim Booy
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Di dalam pelaksanaan dasar pendidikan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematiks dalam Bahasa Inggeris, penggubal-penggubal dasar telah mengabaikan masalah komunikasi yang dihadapi oleh guru dan pelajar di dalam bilik darjah. Sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut, guru dan pelajar melibatkan diri dalam pertukaran kod. Pertukaran kod menjadi masalah kerana ia akan menghalang matlamat untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris dalam penggunaannya sebagai bahasa pengantaraan untuk mengajar dan membelajar Sains.
Tumpuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti jenis bahasa yang digunakan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar untuk berkomunikasi di dalam bilik darjah Sains Tingkatan Dua dan juga untuk menangkap ciri-ciri pertukaran kod di dalam pertuturan kelas Sains mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pelbagai jenis, fungsi dan sebab pertukaran kod di dalam kelas Sains Tingkatan Dua. Data yang digunakan dalam kajian ini datangnya daripada dua sumber, iaitu (1) rakaman audio pelajaran Sains dan (2) temuramah-temuramah dengan guru dan pelajar yang berkenaan. Kelas-kelas tiga orang guru dan sekumpulan pelajar telah pun dipilih sebagai informan-informan. Data juga dikategorikan mengikut jenis, fungsi dan sebab pertukaran kod. Guru-guru dan pelajar-pelajar didapati telah menggunakan tiga jenis bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu, juga disertai dengan dialek Hokkien ala Pulau Pinang dan Cantonese. Dua jenis pertukaran kod yang baru, disamping pertukaran kod jenis tag, intra-sentential dan inter-sentential, telah pun muncul. Lima fungsi pertukaran kod yang baru juga dapat dikenalpasti manakala tiada wujudnya sebab yang baru untuk pertukaran kod di dalam kajian ini. Walaubagaimanapun, adalah lebih menarik jika kajian untuk mengkaji corak pertukaran kod ini melibatkan sampel yang lebih besar. Perubahan setting dengan menggunakan pelajar-pelajar Tingkatan Enam sebagai subjek pengkajian adalah di galakkan supaya dapat mengenalpasti kepentingan penggunaan bahasa dalam pertukaran kod sebagai alat komunikasi yang efektif dan pertuturan Sains yang dapat difaham.
Description
Keywords
Pertukaran kod sebagai alat komunikasi untuk pembelajaran sains , di satu sekolah menengah jenis kebangsaan cina di Malaysia