Perkembangan Rangkaian Jalan Raya Dan Implikasi Terhadap Struktur Bandar: Kajian Kes Di Bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur
dc.contributor.author | Abdul Rahman, Shamsudin | |
dc.date.accessioned | 2018-07-25T07:52:50Z | |
dc.date.available | 2018-07-25T07:52:50Z | |
dc.date.issued | 2011-06 | |
dc.description.abstract | Penyelidikan ini bermatlamat untuk mengkaji perkembangan rangkaian jalan raya dan implikasi terhadap struktur Bandar Kuantan. Untuk mencapai matlamat kajian, beberapa objektif telah digariskan iaitu; Pertama mengkaji corak perkembangan rangkaian jalan raya di Bandar Kuantan; kedua untuk menganalisis impak perkembangan rangkaian jalan raya terhadap pola susunan guna tanah dan struktur bandar, ketiga untuk menganalisis faktor yang mempengaruhi ketidakcekapan struktur bandar dan keempat untuk menganalisis impak ketidakcekapan ke atas kesejahteraan pengguna jalan raya di Bandar Kuantan. Metodologi kajian yang digunakan adalah berdasarkan data primer yang dikutip secara ’persampelan bertujuan’ (purposive sampling) dalam kalangan 200 responden di samping data sekunder yang diperoleh daripada buku-buku ilmiah, laporan, jurnal, kertas kerja, sumber internet dan pelbagai artikel yang berkaitan. Semua data diproses dengan menggunakan perisian komputer, dianalisis bagi mendapatkan bukti empirikal dan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk carta, jadual statistik dan graf, di samping dibuktikan dengan gambar-gambar di kawasan tapak kerja lapangan. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa perkembangan rangkaian jalan raya di Bandar Kuantan sangat mempengaruhi pola susunan guna tanah dan struktur bandar sehingga membentuk bandar mampat di bahagian pusatnya dan bentuk ’bintang’ bagi keseluruhan Bandar Kuantan. Atas sifat bandar mampat yang dianggap sebagai ’bandar tidak cekap’ menjadi punca kepada masalah kesesakan lalu lintas serta lain-lain masalah pengangkutan bandar yang secara langsung menjejaskan kesejahteraan pengguna jalan raya. Secara jelasnya penemuan dan dapatan dalam kajian ini telah menjawab segala isu dan permasalahan yang berkaitan dengan kesesakan lalu lintas yang mana faktor struktur bandar (mampat) menjadi faktor asas di samping faktor-faktor lain seperti pertambahan jumlah kenderaan, kelemahan sistem dan pengurusan lalu lintas. Kesimpulannya, ketidakcekapan struktur bandar akibat daripada perkembangan rangkaian jalan raya menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menjejaskan nilai-nilai kesejahteraan pengguna jalan raya di Bandar Kuantan. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/6027 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Perkembangan rangkaian jalan raya | en_US |
dc.subject | dan implikasi terhadap struktur bandar | en_US |
dc.title | Perkembangan Rangkaian Jalan Raya Dan Implikasi Terhadap Struktur Bandar: Kajian Kes Di Bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: