Rekabentuk Dan Penilaian Sentap-Padan Berbantukan Pencontoh-Sulung Cepat
Loading...
Date
2004-06
Authors
Abdul Majid, Abdul Mutalib
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pemasangan komponen plastik menggunakan sentap-padan mempunyai pelbagai
kebaikan berbanding dengan teknik pemasangan lain. Kebaikan ini tidak dapat
dimanfaatkan sepenuhnya kerana kekhuatiran sentap-padan rosak atau tidak berfungsi
seperti sepatutnya semasa pemasangan dan kurangnya maklumat mengenai sentappadan.
Kini dengan adanya teknologi pencontoh sulung cepat, sentap-padan dapat
dihasilkan dan diuji pada peringkat reka cipta. Pada masa ini belum ada pengkaji yang
menggunakan teknologi pencontoh sulung bagi menghasilkan sentap-padan.
Penyelidikan ini melibatkan kajian mengenai kesesuaian pencontoh sulung cepat jenjs
FDM3000 bagi menghasilkan sentap-padan. Hasil pembacaan didapad dua sifat bahan
utama yang mempengaruhi fungsi sentap-padan iaitu keterikan dan modulus elastik.
Kaedah Taguchi dengan tatasusunan L9 digunakan untuk mendapatkan keadaan
optimum bagi kedua-dua sifat tersebut. Empat parameter utama iaitu tinggi hirisan,
penghalaan raster, lebar raster dan sela udara dengan tiga tahap dipilih. Keputusan
anal isis menunjukkan setan terbaik berlaku pada kedudukan menggiring dengan tinggi
hirisan minimum, penghalaan raster jenis kontur, lebar raster maksimum dan sela
udara negatif. Suatu rumus menghubungkan parameter terlibat dengan kedua-dua sifat
bahan dihasilkan. Garis panduan merekabentuk sentap-padan menggunakan FDM
disediakan. Hasil ujikaji ke atas model sentap-padan bagi mendapatkan perhubungan
antara daya pernasangan dengan bentuk geometri telah berjaya mernberi garnbaran
sebenar perilaku sentap-padan yang diuji. Maklumat dan hasH kajian yang dijalankan
dapat mernbantu perekabentuk memanfaatkan sentap-padan sebagai kaedah
pemasangan bagi produk mereka.
Description
Keywords
Pemasangan komponen plastik , Menggunakan sentap-padan