Kesan Beberapa Bahan Kemoterapeutik Dan Vaksin Terhadap Pengawalan Penyakit Vibriosis Dalam Kultur Ikan Kerapu (Epinephelus sp.)
Loading...
Date
1996-12
Authors
Arshad, Md. Akhir
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan masalah kematian dan
meningkatkan kadar hidup anak ikan kerapu (Epinephelus sp.) semasa peringkat awal
temakan di sangkar. Keberkesanan beberapa agen kemoterapeutik iaitu NFSSodium,
Kloramfenikol, Oksitetrasiklin, Diameton, Nitrofurazon, Furazolidon,
FuranaxR
, Asid Oksolinik dan Prefuran telah dikaji, melalui kaedah pemberian
melalui makanan dan kaedah rendaman. Kesan bahan-bahan rawatan ini dan kaedah
rawatan ke atas kadar hidup dan pertumbuhan telah ditentukan. Keputusan
menunjukkan bahawa NFS-Sodium dan Kloramfenikol adalah berkesan dalam
mengawal vibriosis di dalam sistem kultur tertutup tetapi tidak berkesan di dalam
sistem sangkar di mana mortaliti yang direkodkan melebihi 85% bagi semua bahan
rawatan.
Kesan yang ditunjukkan oleh vaksin 'formalin-killed' yang disediakan dari
Vibrio parahaemolyticus Vibrio alginolyticus, dan Vibrio sp. dalam bentuk 'Peratus
Kemandirian Relatif (RPS)' dibandingkan dengan kumpulan kawalan ( tanpa
pelalian) kedua-dua di dalam tangki dan dalam kultur temakan sangkar telah dikaji.
Keputusan menunjukkan bahawa penggunaan vaksin campuran meningkatkan kadar
hidup ikan yang dirawat di sangkar (p < 0.05 ) dengan signifikan. Ujian di makmal
menunjukkan vaksin dapat meningkatkan kerintangan dari ujian cabaran.
Penyaringan strain-strain bakteria berpotensi melalui suntikan ampaian kultur
bakteria dan genangan (untuk mengesan keujudan faktor toksigenik) secara i.p. ke atas
Tilapia niloticus dan Oreochromis sp. dan i.m. ke atas Clarias batrachus serta Clarias
gariepenus telah dilakukan. Teknik-teknik ini telah berjaya dalam mengasingkan
strain-strain yang berpotensi iaitu M 16 (dari kumpulan dekarboksilase A+L+O- ),
M 64 dan M 65 (dari kumpulan dekarboksilase (A-L+O+ ).
Penentuan LDso telah digunakan di dalam pemilihan akhir strain bakteria
virulen daripada kumpulan daripada kumpulan-kumpulan dekarboksilase yang sarna.
Kajian di sini telah menunjukkan penyaringan bakteria vibrio dapat difokuskan
kepada kumpulan dekarboksilase A+L +0- dan A -L + 0 + yang mana telah
menunjukkan peratusan strain patogenik yang lebih tinggi. Patogenisiti didapati dapat
ditingkatkan atau dipulihkan semula melalui sub-kultur ke atas Agar Darah yang juga
telah ditunjukkan melalui penggunaan kaedah suntikan cabaran ke atas TiZapia
niloticus.
Description
Keywords
Vibriosis , Ikan Kerapu