Pelaksanaan Program Tarbiah Dalam Kalangan Pelajar Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pulau Pinang

dc.contributor.authorMat Jusoh, Mohd Suhardi
dc.date.accessioned2016-06-21T04:01:03Z
dc.date.available2016-06-21T04:01:03Z
dc.date.issued2015-03
dc.description.abstractProgram-program tarbiah yang dilaksanakan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pulau Pinang secara asasnya berperanan untuk merealisasikan objektif pembentukan sahsiah pelajar. Walaupun program-program tersebut telah lama dilaksanakan, program-program tersebut kelihatan tidak mencapai objektif asalnya. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti kaedah dan bentuk pelaksanaan program-program tersebut, mengenal pasti aspek-aspek kelemahannya serta menilai pelaksanaan program tersebut berpandukan Modul Pembangunan Murid Asrama (MPMA), Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Data dikumpul melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Pengumpulan data melalui melalui kaedah pemerhatian melibatkan persampelan kejadian dan masa. Kaedah temu bual melibatkan 15 orang responden yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Kaedah soal selidik pula melibatkan sejumlah 509 orang pelajar asrama yang dipilih melalui persampelan rawak berlapis di empat buah asrama SMKA Pulau Pinang. Data kualitatif dianalisis menggunakan pendekatan induktif manakala data kuantitatif dianalisis menggunakan program Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) versi 19. Secara keseluruhannya, dapatan kualitatif menunjukkan bahawa program-program tarbiah tidak terlaksana xxiii sepenuhnya sebagai wasīlah tarbiah rūhiyyah dan „aqliyyah yang berkesan dalam konteks pembentukan sahsiah pelajar asrama. Sementara itu, dapatan kuantitatif pula menunjukkan bahawa kelima-lima aspek tarbiah iaitu objektif, kaedah, organisasi, manhaj dan kesan pelaksanaan program tarbiah berada pada tahap penilaian min sederhana tinggi. Hanya faktor jantina sahaja yang menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan program tersebut tidak mempunyai impak yang menyeluruh terhadap pelajar-pelajar asrama di SMKA Pulau Pinang. Sehubungan itu, kajian ini mengesyorkan supaya usaha-usaha penambahbaikan dilaksanakan, terutamanya dari aspek kaedah, organisasi dan manhaj pelaksanaan program, supaya program-program ini dapat memenuhi objektif pembentukan sahsiah pelajar di SMKA Pulau Pinang seperti yang dihasratkan dalam objektif pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2160
dc.subjectPelaksanaan Program Tarbiah Dalam Kalangan Pelajar Asramaen_US
dc.subjectProgram Tarbiahen_US
dc.titlePelaksanaan Program Tarbiah Dalam Kalangan Pelajar Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: