Morfologi Gentian Dan Sifat Kertas Pemukulan Pulpa Peroksida Beralkali Daripada Tandan Buah Kosong Kelapa Sawit

dc.contributor.authorMOHD ZUKERI, MOHD RIDZUAN HAFIZ
dc.date.accessioned2016-06-09T07:12:26Z
dc.date.available2016-06-09T07:12:26Z
dc.date.issued2015-05
dc.description.abstractKesan pemukulan ke atas perubahan morfologi gentian dan kesan ke atas sifat-sifat kertas pulpa tandan buah kosong kelapa sawit (EFB) daripada proses Pemulpaan Peroksida Beralkali (APP) dikaji dengan menggunakan pemukul PFI Mill. Proses pemukulan dilakukan pada 0, 250, 500, 750, 1 000, 1 250, 1 500, 2 000, 2 500, 3 000, 5 000, dan 10 000 pusingan. Pemukulan gentian pulpa menyebabkan berlakunya pemfibrilan dan delaminasi pada gentian meningkatkan kebolehlenturan dan pembengkakan gentian serta menghasilkan gentian halusan. Analisis kualiti gentian menunjukkan perubahan terhadap sifat-sifat gentian dan terdapat peralihan dominasi dimensi gentian dengan peningkatan tahap pemukulan. Pulpa APP dan pulpa APP yang dipukul sehingga 3 000 pusingan didominasi oleh gentian panjang dan gentian sederhana, manakala pulpa APP yang dipukul pada 5 000 pusingan dan 10 000 pusingan didominasi oleh gentian pendek dan gentian halusan. Peralihan dominasi gentian ini mempengaruhi nilai kebebasan stok pulpa dan ketumpatan kertas yang terhasil. Nilai kebebasan menurun dengan peningkatan tahap pemukulan. Manakala, sifat mekanikal kertas seperti kekuatan tensil dan kekuatan pecahan mendapat kesan yang positif daripada tindakan pemukulan ke atas gentian pulpa APP, tetapi ia memberi kesan negatif sifat mekanikal rintangan koyakan. Pemukulan pulpa APP daripada EFB memberi kualiti pulpa yang pelbagai dan penghasilan gentian nano membuatkan ia mempunyai potensi sebagai bahan mentah untuk pembuatan kertas yang mana memerlukan peningkatan terhadap kekuatan jaringan gentian.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2090
dc.subjectMorfologi Gentian Dan Sifat Kertas Pemukulan Pulpa Peroksida Beralkalien_US
dc.subjectDaripada Tandan Buah Kosong Kelapa Sawiten_US
dc.titleMorfologi Gentian Dan Sifat Kertas Pemukulan Pulpa Peroksida Beralkali Daripada Tandan Buah Kosong Kelapa Sawiten_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: