Rekabentuk Sistem Penderiaan Rasa Elektronik Mudahalih
Loading...
Date
2002-06
Authors
Abdul Rahman, Amir Shauqee
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sistem penderiaan rasa elektronik yang terdapat di pasaran pada mas a kini adalah mahal
dan tidak mesra pengguna yang menyebabkan penggunaan tidak meluas di dalam
pelbagai bidang. Keadaan ini menjadikan pembangunan sistem penderiaan rasa
elektronik mudah alih yang murah penting. Di Dalampenyelidikan ini, 2 versi sistem
penderiaan rasa elektronik mudah alih telah dibangunkan·. Versi pertama menggunakan
cip pemproses isyarat digit (Digital Signal Processor, DSP) sebagai unit pemproses
pusat ( Center Processing Unit, CPU) .sistem manakala versi yang kedua dikawal oleh
mikro pengawal pelbagai guna. Prestasi sistem penderiaan rasa elektronik diuji melalui
2 ujian yang berlainan iaitu pengkelasan air mineral dan air minuman dan penentuan
herba "tongkat ali" didalam sampel kopi. Rasa bagi sampel dikesan menggunakan
penderia pakai buang, terdiri dari membran berlipid tak-selektif yang direkabentuk khas
dan dikelaskan menggunakan teknik pengecaman rangkaian neural timan (Artificial
Neural Network, ANN). Fungsi utama sistem penderiaan rasa elektronik mudah alih
adalah melaksanakan proses pengumpulan data, pengecaman corak dan tugas-tugas
antaramuka pengguna. Keputusan pengecaman yang baik diperolehi daripada beberapa
siri uj ian yang telah dilakukan. Perlaksanaan rangkaian neural timan pada sistem
membuatkan sistem penderiaan rasa elektronik mudah alih lebih fleksibel dan senang
dilatih bagi tujuan aplikasi pengecaman rasa yang lain.
Description
Keywords
Sistem penderiaan rasa elektronik , Mahal dan tidak mesra pengguna