Peranan Dan Penglibatan Orang Cina Di Sarikei, Sarawak: Dalam Bidang Sosial Dan Politik, 1900-1990

dc.contributor.authorWong, Mee Leng
dc.date.accessioned2018-06-28T01:40:06Z
dc.date.available2018-06-28T01:40:06Z
dc.date.issued2010-12
dc.description.abstractKajian ini memberi fokus utama kepada sejarah sosial dan politik kaum Cina di Bandar Sarikei, Sarawak. Kajian ini meneliti aspek peranan dan penglibatan orang Cina dan juga faktor-faktor kejayaan orang-orang Cina di Sarikei khasnya dan Malaysia amnya. Ciri-ciri orang Cina juga dikaji dengan teliti dan terperinci di Sarikei untuk membuktikan hipotesis kajian. Kajian ini menunjukkan bahawa penduduk Cina di Sarikei berjaya mengatasi rintangan dan masalah yang membelenggu mereka sejak meneroka penempatan di Sarikei dalam keadaan yang serba kekurangan. Dengan usaha sendiri mereka tabah menyelesaikan masalah. Ini menunjukkan ciri-ciri orang Cina yang bekerja dengan tekun, berjimat cermat dan tabah menghadapi cabaran. Ciri-ciri tersebut membolehkan orang-orang Cina menyumbang bakti di bandar Sarikei. Peneroka Cina yang berhijrah ke Sarikei untuk mencari kehidupan yang lebih terjamin telah berjaya mencapai matlamat mereka. Banyak persatuan pelbagai bentuk atau corak ditubuhkan di Sarikei membantu kemajuan orang Cina. Penubuhan persatuan-persatuan turut memberi kesan ketara terhadap masyarakat Sarikei. Persatuan-persatuan Cina di Sarikei telah memberi kesan-kesan yang positif terhadap pembangunan sosial dan politik. Kajian ini juga memfokuskan peranan dan penglibatan orang Cina dalam perkembangan dan kemajuan yang dicapai di Bandar Sarikei. Kajian ini juga mendapati masyarakat Cina Sarikei menghadapi kesan dramatik daripada beberapa peristiwa sejarah. Penyeksaan pada zaman pendudukan Jepun memberi kesan dalam bidang sosial, politik dan ekonomi. Begitu juga semasa pemberontakan komunis (1960-1970-an). Ramai orang Cina Sarikei menyertai gerila komunis. Keadaan pada masa itu begitu sukar kepada kehidupan harian orang Cina. Kajian ini mendapati bahawa orang Cina juga menguasai bidang politik di Sarikei. Mereka telah menubuhkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Kedua-dua parti ini telah bersaing untuk memperoleh sokongan daripada rakyat Sarikei, khasnya daripada orang Cina. Penglibatan orang Cina dalam bidang pendidikan, persatuan dan politik di Sarikei akan berterusan pada masa yang akan datang.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5807
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPeranan dan penglibatan orang Cinaen_US
dc.subjectdan juga faktor-faktor kejayaan orang-orang Cina di Sarikeien_US
dc.titlePeranan Dan Penglibatan Orang Cina Di Sarikei, Sarawak: Dalam Bidang Sosial Dan Politik, 1900-1990en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: