Peranan Kyai Dalam Pemerkasaan Masyarakat Di Jember, Indonesia : Satu Pendekatan Berasaskan Kearifan Tempatan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-10
Authors
SANTOSO, BUDHY
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyelidikan ini secara amnya bertujuan mengenal pasti dan mencari penyelesaian permasalahan dalam program pemerkasaan yang dijalankan di daerah Jember, Jawa Timur. Secara khusus, kajian ini bertujuan: (1) Menganalisis corak budaya serta dinamik sosial berasaskan kearifan tempatan dalam konteks Jember, Indonesia; (2) Menganalisis peranan Kyai pesantren yang telah benar-benar menyokong program pemerkasaan terhadap masyarakat yang berbudaya santri dalam konteks Jember, Indonesia; (3) Menghuraikan program pemerkasaan masyarakat untuk menangani kemiskinan di Jember, Indonesia; (4) Menganalisis dan menghuraikan keberkesanan program pemerkasaan masyarakat untuk menangani kemiskinan di Jember, Indonesia; (5) Menganalisis corak budaya serta dinamik sosial yang menghambat pemerkasaan masyarakat berasaskan kearifan tempatan yang dilaksanakan di Jember; (6) Menganalisis dan mencadangkan program pemerkasaan masyarakat untuk menangani kemiskinan di Jember, Indonesia agar berjaya dengan mengambil kira kearifan tempatan dalam konteks Jember, Indonesia; dan (7) Mencadangkan kerangka model pemerkasaan masyarakat yang menonjolkan peranan Kyai pesantren yang berkesan dengan mengambil kira kearifan tempatan untuk dapat diterapkan di Kabupaten Jember.
Description
Keywords
Peranan Kyai Dalam Pemerkasaan Masyarakat , Jember, Indonesia
Citation