Kelewatan Proses Mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Dan Kesannya Kepada Pemaju Swasta Kes Kajian: Kawasan Pembangunan Di Dalam Majlis Perbandaran Taiping
Loading...
Date
2000-02
Authors
Abdul Razak, Azhar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kelewatan pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) yang dilaksanakan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan salah satu isu yang hangat
diperkatakan dan dipandang serius terutamanya oleh Kementerian Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan dan pemaju-pemaju perumahan serta pembeli-pembeli. SKM tidak
dikeluarkan walaupun tempoh pemilikan kosong dari pemaju kepada pembeli telahpun
tamat.
Kesempumaan sesebuah bangunan adalah apabila SKM dikeluarkan. Tanpa
SKM sesebuah bangunan adalah tidal< layak diduduki kerana SKM adalah merupakan
sebagai suatu pengesahan siapnya sesebuah bangunan yang telah dibina oleh pemaju
mengikut pelan-pelan yang terlibat yang telah diluluskan beserta dengan syarat tertentu
atau tanpa syarat yang telah ditetapkan oleh PBT
Bagi mengatasi kelewatan SKM memandangkan akan kepentingannya itu, satu
kajian telah dijalankan di Majlis Perbandaran Taiping untuk mengenalpasti masalahmasalah
yang wujud dalam pengeluaran SKM ini. Kajian ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti punca-punca masalah dan peranan yang boleh dimainkan oleh PBT
dalam mengatasi atau meminimakan masalah ini.
Bagi mencapai objektif kajian ini, data akan dikumpulkan melalui temubual dan
borang soal selidik yang diedarkan kepada pemaju-pemaju dan jabatan-jabatan teknikal
yang berkaitan. Berdasarkan penemuan yang diperolehi dari analisis, beberapa alternatif
bagi menyelesaikan masalah kelewatan pengeluaran SKM ada dicadangkan.
Seterusnya. diakhir penulisan ini cadangan-cadangan yang bersesuaian akan
dis:-,orkan bagi mengatasi masalah-masalah yang telah dikenalpasti Semoga dengan
cadangan-cadangan ini, ianya akan sedikit sebanyak dapat memberi kesan positif bagi
mengatasi masalah-masalah yang sekian lama wujud sehingga ketika ini
Description
Keywords
Kelewatan pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki , dipandang serius pemaju-pemaju perumahan serta pembeli-pembeli