Bentuk Dan Tekntk Sastera Llsan Dalam Sastera Tulisan: Kajian Ke Atas Hikayat Raja Pasai

Loading...
Thumbnail Image
Date
2002-03
Authors
HAMID, MD. NASIR
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
T esis ini bertujuan untuk melihat unSLJr-unsur lisan terutama bentuk dan gaya lisan dalam teks bertulis Hikayat Raja Pasai (R. Jones, 1987). Hikayat Raja Pasai dipilih kerana ia muncul dalam zaman transisi lisan ke tulisan, justeru itu diandaikan memperlihatkan pengaruh lisan yang agak ketara. Ciri-ciri lisan tersebut dilihat melalui analisis struktur dalaman dan struktur luaran teks. Analisis dalaman, memperfihatkan empat bentuk utama sastera lisan, iaitu mitos, legenda, cerita lipur lara dan puisi-puisi lisan. Analisis dalaman juga memperlihatkan adanya motif-motif lisan, yang terutama dilihat adalah motif I U sibling rivalry" yang lumrah terdapat dalam cerita-cerita lisan. Analisis struktur luaran berfokus kepada gaya bahasa/teknik lisan. Terdapat dua teknik lisan yang ketara iaitu penggunaan seiras formula dan perulangan. Berdasarkan analisis teks Hikayat Raja Pasai, didapati terdapat pengaruh lisan ke atas sastera tulisan; kerana sastera tulisan seperti Hikayst Raja Pasa; masih wujud dan terkongkong oleh tuntutan-tuntutan konvensi lisan. Hal ini kerana Hikayat Raja Pasa; muncul dalam situasi literasi terhad, iaitu teks masih dipersembahkan.
Description
Keywords
Bentuk Dan Tekntk Sastera Llsan Dalam Sastera Tulisan , Kajian Ke Atas Hikayat Raja Pasai
Citation