Kajian Perasaan Kepunyaan Komuniti Di Perumahan Komuniti Terlindung - Kawasan Kajian Melaka
Loading...
Date
2006-05
Authors
Lee, Ching
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Perumahan komuniti terlindung merupakan jenis pembangunan yang semakin dipopularkan
di Malaysia. Perumahan komuniti tertindung banyak terdapat di bandar-bandar di Malaysia
yang telah memberikan satu imej baru kepada bandar. Kewujudannya telah dipersoalkan
dan banyak dibincangkan oleh para akademik terutamanya di luar negara. Perumahan
komuniti terlindung adalah perumahan yang tertutup, dilengkapi dengan sistem keselamatan
dan juga kemudahan yang tertentu. Konsep pembangunan yang baru ini telah mendapat
sambutan yang baik di kalangan masyarakat. Kewujudan perumahan komuniti terlindung
juga memperlihatkan satu harapan kepada penduduk bandar dalam mencari-cari perasaan
kepunyaan komuniti. Perasaan kepunyaan komuniti yang berasaskan kepada empat
dimensi: keahlian, pengukuhan keperluan, kepengaruhan dan perkongsian emosi. Mel
survei telah dijalankan di Ozana Country Resort, Melaka dan melalui sistem skor bernilai
telah dibentuk bagi menganalisis data yang diperoleh. Pengaruh sosio demografi ke atas
perasaan kepunyaan komuniti juga telah dikenalpasti. Hasil kajian mendapati bahawa
pencapaian tahap perasaan kepunyaan komuniti adalah pada peringkat sederhana di
perumahan komuniti terlindung berkenaan. Namun begitu, terdapat beberapa faktor sosio
demografi yang mempunyai perhubungan aengan perasaan kepunyaan komuniti. Petunjuk
perasaan kepunyaan komuniti juga dibentuk sebagai hasil output kajian ini.
Description
Keywords
Perasaan kepunyaan komuniti , di Perumahan komuniti tertindung.