Konsep Ghuluw Dalam Agama: Analisis Isu-Isu Kontroversi Terpilih Dalam Kepercayaan Dan Amalan Syiah
Loading...
Date
2017-02
Authors
Osman, Asnawi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Ghuluw dalam agama merupakan salah satu topik perbahasan yang utama dibincangkan oleh sarjana agama. Perbahasan yang utama ialah untuk melihat elemen-elemen dan faktor yang menyebabkan ghuluw yang wujud dalam agama itu sendiri. Ghuluw itu pula muncul dalam pelbagai agama di dunia ini. Islam juga tidak terlepas dari pandangan yang mengaitkannya dengan ciri tersebut. Syiah merupakan suatu mazhab atau aliran yang cukup kontroversi dalam kepelbagaian mazhab yang wujud dalam perkembangan Islam. Ia dipaluti dengan pelbagai isu sejak daripada awal kemunculannya sehingga digolongkan dalam mazhab yang menyeleweng dan sesat pada pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Isu-isu yang dibangkitkan pula bersangkutan dengan akidah, syariah, politik mahupun akhlak yang dapat dilihat dalam penulisan-penulisan ulama mereka. Islam merupakan sebuah agama yang mendorong umatnya melakukan kebaikan dan menonjolkan sifat rahmat kepada sekalian alam. Oleh itu Islam sangat menitikberatkan pemeliharaan terhadap agama sebagaimana yang terdapat dalam maqāṣid syarʻiyyah. Penisbahan Islam dengan unsur-unsur yang menyeleweng merupakan perkara yang diambil berat oleh ulama dahulu sehingga kini supaya Islam terpelihara daripada anasir-anasir yang boleh merosakkan agama. Kemunculan-kemunculan istilah yang dinisbahkan kepada Islam seperti Islamophobia, terrorist, radical, extremis dan sebagainya merupakan suatu natijah kepada kesalahfahaman yang diletakkan kepada Islam. Perkara ini akan menjejaskan nama baik Islam secara keseluruhannya.
Description
Keywords
Konsep ghuluw dalam agama isu-isu kontroversi , dalam kepercayaan dan amalan syiah