Kesan Pembangunan Sektor Perlombongan Terhadap Komuniti Dan Alam Sekitar Di Kabupaten Aceh Besar, Indonesia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-12
Authors
Rs, Elviandi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Selepas berlakunya dua peristiwa penting iaitu tsunami dan persefahaman perdamaian di Aceh, kerajaan Aceh mula menyusun perancangan pembangunan yang dikenali sebagai Rancangan Pembangunan Jangka Menengah (RPJM) Aceh. Salah satu isu yang menjadi keutamaan rancangan pembangunan Aceh adalah peningkatan pelaburan sektor perlombongan. Penyelidikan ini dilakukan untuk mencapai beberapa objektif. Pertama, mengkaji kesan pembangunan sektor perlombongan di kabupaten Aceh Besar terhadap komuniti dan alam sekitar. Kedua, menganalisis faktor-faktor penyebab masalah yang dialami oleh komuniti dan alam sekitar dan ketiga, mengidentifikasi potensi perlombongan mapan. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk kajian kes. Kaedah pengutipan data yang digunakan adalah temubual mendalam, soal selidik ringkas, pemerhatian secara langsung, serta perbincangan kumpulan berfokus. Dapatan soal selidik dihuraikan secara statistik deskriptif mudah untuk mengumpulkan maklumat asas dari responden. Responden kajian ini dipilih melalui teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) berdasarkan tiga kategori iaitu pihak kaki tangan kerajaan seramai 12 orang, wakil syarikat perlombongan swasta seramai 2 orang serta wakil masyarakat awam seramai 46 orang. Dalam penyelidikan ini, data kualitatif yang diperoleh dianalisis melalui teknik analisis kandungan dan analisis statistik deskriptif mudah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa persepsi responden yang berbagai terhadap ketiga-tiga objektif kajian. Pertama, kajian mendapati terdapat kesan perlombongan terhadap ekonomi yang positif. Manakala kesan sosial dan alam sekitar pula didapati kebanyakannya negatif. Kedua, faktor-faktor penyebab masalah yang dihadapi oleh komuniti dan alam sekitar ialah faktor sosio ekonomi iaitu terhadnya kewangan syarikat, bilangan komuniti miskin yang terus meningkat, terjadinya konflik kepemilikan tanah, kesan negatif terhadap migrasi pekerja dari luar serta masih rendahnya penyertaan komuniti. Manakala faktor alam sekitar adalah kerosakan alam sekitar dan ekosistem. Serta faktor politik atau pentadbiran iaitu kelemahan birokrasi kerajaan. Dapatan kajian ketiga menunjukkan keperluan menerapkan prinsip tadbir urus yang baik, meningkatkan pembangunan komuniti serta menjaga potensi ketahanan ekonomi untuk mencapai potensi perlombongan mapan. Penyelidikan ini memberikan cadangan bahawa kerajaan provinsi Aceh haruslah membentuk institusi baru dan melibatkan pelbagai pihak agar penyertaan komuniti dalam perlombongan dapat ditingkatkan. Kerajaan juga perlu meneruskan konsep Aceh Hijau (Green Aceh) dan melaksanakan dasar pemberhentian sementara aktiviti perlombongan (mining moratorium).
Description
Keywords
Tsunami dan persefahaman , perdamaian di Aceh
Citation