Fatwa Tentang Pindah Milik Harta: Kajian Terhadap Penyeragamannya Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-11
Authors
Muhamad Asni, Muhammad Fathullah Al Haq
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini berkenaan penyeragaman fatwa dalam aspek pindah milik harta di Malaysia. Kajian ini dijalankan kerana terdapat ketidak selarasan dalam rujukan mazhab fiqh dalam istinbat hukum atau fatwa serta kaedah yang ada terlalu umum. Ini menyebabkan berlaku perbezaan fatwa antara sebahagian negeri-negeri di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hal ini dengan memfokus kepada sejarah fatwa, kaedah meraikan perbezaan pandangan (mura’ah al-khilaf), penggubalan fatwa, perbezaan fiqh di Malaysia dan pendekatan penyeragamannya. Skop yang ditumpukan ialah dalam bidang pindah milik harta yang merangkumi hibah, wakaf, wasiat, harta pusaka dan harta sepencarian. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif iaitu metod pengumpulan data yang digunakan ialah secara kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan dilakukan secara metod temu bual dengan para mufti dan pegawai istinbat. Hasil kajian ini mendapati bahawa dalil-dalil Usul al-Fiqh dan kaedah meraikan perbezaan pandangan (mura’ah al-khilaf) adalah metod istinbat hukum yang utama. Selain itu, terdapat perbezaan keputusan fatwa di antara jabatan mufti di negeri-negeri dan juga di antara jabatan mufti negeri dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Pelaksanaan qawl rajih oleh jabatan-jabatan mufti boleh menatijahkan penyeragaman fatwa melalui pandangan yang rajih dan menepati maslahah. Kaedah meraikan perbezaan pandangan (mura’ah al-khilaf) terdapat dalam peruntukan qawl mu’tamad sekiranya ia ditelusuri secara keseluruhan. Di samping itu, kajian juga mendapati bahawa penyatuan pandangan fiqh untuk dimasukkan ke dalam kod undang-undang adalah tidak bersalahan dengan syarak serta memastikan pentadbiran undang-undang dilaksanakan dengan teratur dan konsisten.
Description
Keywords
Fatwa dalam aspek , pindah milik harta
Citation