Pembaharuan kurikulum pendidikan Islam di Malaysia dan Indonesia : kajian kes dua buah sekolah

Loading...
Thumbnail Image
Date
1994-08
Authors
H., Fakhrur Rozy D
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Cakupan kajian ini secara khususnya mengkaji model kurikulum yang diperbaharui oleh Lembaga Pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Madrasah Aliyah Negeri (MAN) dengan maksud mengenalpasti sistem dualistik dan dikotomi yang masih wujud hingga penghujung abad ini. Objektifpenyelidikan ini adalah: i. Mengkaji ciri-ciri perkembangan Madrasah, "Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Madrasah Aliyah Negeri (MAN) sebagai alternatif pembaharuan pendidikan Islam pada abad ke dua puluh. ii. Mengenalpasti perbezaan dan persamaan yang terdapat dalam pembaharuan kurikulum pendidikan Islam yang dilaksanakan di Malaysia dan Indonesia, khususnya pada penghujung abad ke dua puluh yang meliputi sebab, arah, masalah dan kesannya. Daripada kajian ini, didapati bahawa terdapat kesamaan latar belakang yang berasaskan sejarah tentang peranan ulama dalam bidang pendidikan. Pendidikan betnmla daripada pengajian Islam yang bertumpu di pondok/pesantren dan kemudian berubah menjadi madrasah. Di Malaysia keadaan pendidikan seperti ini telah bermula sejak dekad ketiga, abad kedua puluh sedangk.an di Indonesia bermula pada dekad pertama abad yang sama. Di Malaysia sttuktur program akademiknya lebih dominan iaitu 20 peratus untuk program agama dan 80 peratus program akademik, dibandingkan dengan 30 peratus pendidikan agama dan 70 peratus program akademik di Indonesia. Daripada sudut pandangan epistemologi Islam dan orientasi kurikulum kepentingan negara diutamakan sementara pendidikan Islam kurang dititikberatkan. Orientasi kurikulum ini tidak digunakan melalui kaedah keagamaan terutamanya di 1vfadrasah Ali yah N egeri (MAN) di Indonesia, bagaimanapun, keadaan menjadi lebih luar biasa di Malaysia terutamanya hila didapati guru bukan muslim mengajar di Sekolah ~vfenengah Kebangsaan Agama (SMKA). Cita-cita pembaharuan dalam kurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) lahir daripada timbulnya rasa tidak puas hati masyarakat terhadap para lulusannya dan hal ini disedari oleh Menteri Pendidikan Malaysia, lalu beherapa sekolah agama di bawah kelolaan Majlismajlis Agama Negeri dan sekolah agama rakyat diambil alih oleh kerajaan dan dijadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Sementara itu, di Indonesia keadaan seperti ini menjadi lebih nyata dengan kewujudan Departement Agama Republik Indonesia sejak Indonesia belum mencapai kemerdekaan lagi. Didapati juga hahawa pcntadhiran di Sckolah Mcncngah Kcbangsaan Agama (SMKA) dan Madrasah Aliyah Negeri (MAN) masih sangat lemah. Sistem pembelajaran dan buku-buku yang digunakan, latarbelakang pengetahuan guru dan keupayaan pengetahuan pelajamya masih terlalu rendah. Oleh itu dualisme dan dikotomi masih tetap ditemui. Oleh itu perlu adanya keberanian dan wawasan yang jelas untuk menggunakan resolusi Persidangan Pendidikan Islam Sedunia yang telah berlangsung di Makkah pada tahun 1977, supaya objektif pendidikan Islam tercapai. Kerana itu, penelitian terhadap kajian ini perlu didalami lagi dengan melihat Asia sebagai sasarannya dan menjadikan Malaysia sebagai model pendidikan Islam bagi melayakkan para pelajar melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Description
Keywords
Pembaharuan pendidikan Islam pada abad ke dua puluh.
Citation