Penggunaan herba tradisional dalam kalangan warga emas yang menghadiri Klinik Rawatan Keluarga: (KRK), di Hospital Universiti Sains Malaysia
dc.contributor.author | Ramlee, Hana Razana | |
dc.date.accessioned | 2020-11-08T07:32:47Z | |
dc.date.available | 2020-11-08T07:32:47Z | |
dc.date.issued | 2006 | |
dc.description.abstract | Pengenalan: Penggunaan herba tradisional di seluruh dunia dilaporkan meningkat dari tahun ke tahun. Penggunaannya juga dilaporkan tinggi dalam kalangan warga emas bagi merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Penggunaan herba tradisional yang pelbagai ditambah penggunaannya bersama ubatan konvensional menyebabkan warga emas terdedah untuk mendapat kesan sampingan yang tidak diingini seterusnya akan memburukkan lagi keadaan kesihatan mereka. Objektif kajian: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan herba tradisional dalam kalangan warga emas yang menghadiri Klinik Rawatan Keluarga (KRK), di Hospital Universiti Sains Malaysia. Metodologi: Kaj ian berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah persampelan kesenangan telah dijalankan ke atas 100 orang warga emas yang menghadiri KRK dari Mac 2005 hingga Mac 2006. Keputusan: Penggunaan herba tradisional dalam kalangan warga emas yang menghadiri KRK di HUSM ialah 70%. Penggunaannya adalah tinggi dalam kalangan warga emas perempuan. Jenis herba yang lazim digunakan adalah pegaga, tongkat ali dan mengkudu dan tujuan utama penggunaannya ialah untuk merawat penyakit hipertensi. Faktor jantina didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan herba tradisional. Walau bagaimanapun, tiada hubungan yang signifikan didapati di antara faktor tahap pendidikan dengan penggunaan herba tradisional. Kesimpulan: Pemberi jagaan kesihatan terutamanya doktor dan jururawat perlu peka terhadap penggunaan herba tradisional yang tinggi dalam kalangan warga emas. Jururawat perlu memainkan peranan dalam mendapatkan maklumat yang lengkap daripada warga emas berkaitan herba yang mereka gunakan serta melaporkannya kepada doktor untuk pemantauan. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/10682 | |
dc.language.iso | en | en_US |
dc.publisher | Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | herba tradisional | en_US |
dc.title | Penggunaan herba tradisional dalam kalangan warga emas yang menghadiri Klinik Rawatan Keluarga: (KRK), di Hospital Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.type | Other | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: