Strategi Daya Tindak Ahli Keluarga Pengguna Dadah Di Pulau Pinang
Loading...
Date
2015-09
Authors
JAMIR SINGH, PARAMJIT SINGH
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penggunaan dadah bukan hanya memberi kesan terhadap pengguna dadah itu sendiri, tetapi ia turut memberi impak terhadap kehidupan ahli keluarga yang lain. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka impak penggunaan dadah terhadap ahli keluarga pengguna dadah, menganalisis strategi daya tindak ahli keluarga pengguna dadah, perkhidmatan dan sistem sokongan sosial yang sedia ada bagi mereka, keperluan mereka dan akhir sekali mencadangkan model intervensi dan perkhidmatan kerja sosial yang relevan kepada keluarga tersebut. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan fenomenologi. Seramai 18 orang responden, yang bertindak sebagai ketua keluarga, dari negeri Pulau Pinang, telah ditemu bual. Hasil kajian telah dianalisis secara manual dengan menggunakan teknik analisis kandungan, dan mereka menyatakan bahawa ahli keluarga pengguna dadah berhadapan dengan pelbagai bentuk impak negatif. Impak negatif tersebut adalah dalam bentuk hubungan kekeluargaan yang terjejas, tekanan emosi, kesan terhadap kesihatan fizikal dan emosi, penderaan fizikal, masalah pekerjaan, masalah kewangan serta stigma dan diskriminasi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa responden telah menggunakan dua jenis strategi daya tindak iaitu problem-focused dan emotion focused bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah di dalam keluarga serta tekanan yang disebabkan oleh penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga. Responden kajian ini juga telah mendapatkan sistem sokongan sosial yang berbentuk formal dan tidak formal bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah di dalam keluarga dan tekanan yang disebabkan oleh penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga. Kajian ini juga telah mengenal pasti keperluan responden. Di akhir kajian ini,
penyelidik telah mencadangkan model intervensi dan perkhidmatan kerja sosial yang relevan berdasarkan pada keperluan responden. Model ini merangkumi program sokong bantu, program kaunseling, program bantuan ekonomi, pengukuhan program, pendekatan temuseru serta pengurangan stigma dan diskriminasi.
Description
Keywords
Strategi Daya Tindak Ahli Keluarga , Pengguna Dadah Di Pulau Pinang