Kajian mengenai persepsi pelajar ijazah Sarjana muda sains kesihatan Kejururawatan terhadap keberkesanan Fasilitator klinikal

dc.contributor.authorMohamed, Arbaktun Mardiah
dc.date.accessioned2020-11-05T02:42:55Z
dc.date.available2020-11-05T02:42:55Z
dc.date.issued2006
dc.description.abstractProfesion kejururawatan merupakan kerjaya yang sangat mencabar. Kawasan klinikal merupakan satu tempat yang sangat berkesan dalam membentuk kemahiran, mendalami ilmu pengetahuan serta memupuk nilai-nilai murni dalam memberi perawatan. Tanpa kerjasama daripada fasilitator klinikal adalah sukar bagi pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Pelajar memerlukan seorang fasilitator yang boleh membantu dan memahami mereka bahawa kesalahan yang dilakukan merupakan peluang untuk mereka belajar. Fasilitator klinikal mempunyai peranan yang sangat penting bagi melahirkan jururawat yang berkualiti. Oleh itu, penyelidik merasakan kajian seperti ini adalah penting untuk membangun serta memperkembangkan lagi pendidikan kejururawatan. Kajian dilakukan untuk meninJau persepsi pelajar kejururawatan terhadap keberkesanan fasilitator klinikal. Selain itu , untuk mengenalpasti ciri-ciri fasilitator klinikal yang dikategorikan sebagai berkesan. An tara em pat kategori yang dikaj i adalah Kecekapan Profesional, Hubungan Interpersonal, Sifat Keperibadian dan Kebolehan Mengajar. Kajian juga adalah untuk meninjau jika terdapat perbezaan persepsi pelajar tahun tiga dan tahun empat(tahun akhir). Kajian dilakukan ke atas seramai 68 orang pelajar kejururawatan tahun tiga dan empat Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Penyelidik menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada kajian yang dijalankan oleh Tang, Chou & Fang (2003). Data dikumpul dan dirumuskan menggunakan komputer melalui perisian ' Statistical Packing Social Science' (SPSS) versi 12.0. Analisis yang dilakukan adalah berbentuk statistik diskriptif. Keputusan kajian ini menunjukkan responden telah menyatakan bahawa hanya dua kategori yang mempengaruhi keberkesanan fasilitator klinikal iaitu kebolehan mengajar serta sifat keperibadian. Antara ciri-ciri fasilitator klinikal yang dikatakan berkesan oleh responden adalah mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang kejururawatan, memperlakukan pelajar dengan penuh pertimbangan dan kebijaksanaan, menunjukkan sifat sabar dan dapat mengawal kemarahan serta sifat bekerjasama dan memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar. Selain itu, secara keseluruhan bagi keempat-empat kategori yang dikaj i perbezaan persepsi kesemuanya adalah kurang daripada 10%. Kesimpulan :- Penyelidik merumuskan terdapat empat aspek yang perlu ada dalam pembelajaran klinikal merangkumi ciri-ciri fasilitator yang berkesan iaitu: 1. Latihan klinikal memerlukan perkongsian komitmen serta sifat bekerjasama yang tinggi antara pelajar dan juga fasilitator. Oleh itu , sifat keperibadian dan hubungan interpersonal sangat diperlukan oleh seseorang fasilitator itu. 2. Latihan klinikal memerlukan kecekapan profesional yang tinggi oleh fasilitator agar menjadi contoh dalam memberikan perawatan yang berkualiti tinggi. Hal ini, mampu melahirkan jururawat yang berkaliber serta kompeten pada masa akan datang. 3. Memberi sokongan serta galakan yang berterusan juga merupakan aspek penting yang perlu dimiliki sebagai seorang fasilitator. Aspek kebolehan mengajar ini akan membentuk suasana pembelajaran klinikal yang efektif memandangkan ia mampu membuatkan pelajar berkeyakinan dalam memberi perawatan semasa menjalani latihan klinikal. 4. Akhir sekali, penyelidik merasakan dengan menjadi penilai serta penyelia yang baik dan adil merupakan aspek penting agar pelajar-pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki kelayakan bergelar jururawat.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/10676
dc.language.isootheren_US
dc.publisherPusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectpersepsi kejururawatanen_US
dc.titleKajian mengenai persepsi pelajar ijazah Sarjana muda sains kesihatan Kejururawatan terhadap keberkesanan Fasilitator klinikalen_US
dc.typeOtheren_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: