Konflik Sosial Dalam Pembangunan Ladang Perusahaan Inti Rakyat (PIR) Di Kabupaten Keerom Provinsi Papua Indonesia
dc.contributor.author | La, Alimuddin | |
dc.date.accessioned | 2018-10-08T06:50:30Z | |
dc.date.available | 2018-10-08T06:50:30Z | |
dc.date.issued | 2017-09 | |
dc.description.abstract | Bilangan penduduk miskin di Kabupaten Keerom pada tahun 2012 berjumlah 11,700 orang. Banyak strategi pembasmian kemiskinan telah dijalankan di Indonesia termasuk PIR. PIR dibangunkan dengan matlamat membanteras kemiskinan pekebun. Walau bagaimanapun, PIR ini telah menimbulkan pelbagai konflik. Oleh itu, kajian ini mengandungi lima objektif utama. Pertama, adalah untuk mengenal pasti pembangunan sosial ekonomi PIR bagi pekebun di Kabupaten Keerom. Kedua, mengenal pasti konflik sosial yang berlaku dalam pembangunan ladang PIR di Kabupaten Keerom. Ketiga, menganalisis penyebab konflik sosial dalam pembangunan ladang PIR bagi pekebun. Keempat, menganalisis impak konflik sosial dalam pembangunan ladang PIR bagi pekebun dalam aspek sosio ekonomi, sosio budaya, sosio politik dan alam sekitar. Kelima, mengkaji impak program pemerkasaan yang menyumbang kepada pembasmian kemiskinan bagi pekebun di Kabupaten Keerom. Kaedah kajian digunakan adalah kaedah kualitatif. Pengumpulan data melalui kaedah temu bual mendalam, Diskusi Forum Berfokus (FGD), pemerhatian dan analisis dokumentari. Sampel kajian dengan pendekatan persampelan berkluster yang melibatkan informan seramai 40 orang sampel pekebun serta sampel lain adalah Kepala Jabatan Satuan Kerja pemerintahan (SKPD) Pronvinsi Papua dan Kabupaten Keerom, Ketua Perusahaan PIR, Ketua Kilang, organisasi pekebun, Dewan Adat Kabupaten Keerom, Anggota DPR Kabupaten Keerom, Badan Pertubuhan Hak Asasi Manusia Provinsi Papua, dan Dewan Gereja. Data kualitatif dianalisis melalui kaidah analisis kandungan. Dapatan utama kajian mendapati bahawa pembangunan sosial ekonomi bagi pekebun masih belum mencapai matlamatnya. Kajian ini mendapati konflik sosial dalaman yang kronik adalah kerana kegagalan dalam pengurusan PIR dan konflik sosial luaran yang kronik adalah berbentuk konflik sosial jenayah OPM, dan konflik sosial sengketa tanah cadangan PIR 50,000 ekar. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/6698 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Mengenal pasti pembangunan sosial ekonomi PIR | en_US |
dc.subject | bagi pekebun di Kabupaten Keerom | en_US |
dc.title | Konflik Sosial Dalam Pembangunan Ladang Perusahaan Inti Rakyat (PIR) Di Kabupaten Keerom Provinsi Papua Indonesia | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: