Satu Analisis Autosegmental Terhadap Pengaruh Fonologi Dialek Mandailing Dalam Pembacaan Al-Quran

dc.contributor.authorHaji. Muhammad Yunus, Rahlina Muskar Nasution
dc.date.accessioned2016-09-21T08:13:22Z
dc.date.available2016-09-21T08:13:22Z
dc.date.issued2015-10
dc.description.abstractKajian yang bertajuk Satu Analisis Autosegmental Terhadap Pengaruh Fonologi Dialek Mandailing Dalam Pembacaan al-Quran bertujuan untuk mengenal pasti fonem dan fitur distingtif dialek Mandailing (DM) dan bahasa Arab al-Quran (BAQ). Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis pengaruh DM dalam pembacaan al-Quran oleh pembaca dialek Mandialing (PDM) dari aspek fonologi iaitu pengaruh bunyi-bunyi konsonan dan vokal BAQ. Data kajian adalah daripada rakaman perkataan BAQ yang mengandungi bunyi-bunyi konsonan BAQ yang tidak terdapat dalam DM. 60 orang Informan (30 lelaki dan 30 perempuan) kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar natif DM yang belajar di sekolah menengah. Dalam kajian ini, data dianalisis secara teoretis dengan berdasarkan teori fonologi autosegmental, representasi fitur distingtif model Sagey (1986), representasi tingkat suku kata Clements & Keyser (1983) serta representasi tingkat suku kata Levin (1985). Terdapat lima bunyi vokal DM iaitu: /i, u, e, o, a/. Manakala vokal /e/ dan /o/ adalah variasi kepada vokal /Ε/ dan / yang hadir dalam struktur permukaan DM. Konsonan DM terdiri daripada lapan belas konsonan asas. Konsonan-konsonan tersebut ialah /b, p, g, k, d, t, ,c, m, n, Ν, , s, r, l, w, j, h/. Manakala, dalam BAQ ada tiga vokal pendek iaitu /a, i, u/ dan tiga vokal panjang /a:, i:, u:/ serta vokal tanwin /a)n, i)n, u)n/. Konsonan BAQ ada dua puluh lapan iaitu konsonan /b, t, θ, ∅, ħ, x, d, ð, r, z, s, Σ, ♣, , , √, ⊗, f, q, k, l, m, n, w, h, /, j/. Dalam pengajaran membaca al-Quran, PDM menggunakan Kaedah Bacaan Iqra’ dialek Mandailing (KBIDM). Penggunaan kaedah ini memperlihatkan beberapa proses fonologi berlaku, antaranya ialah proses pengguguran vokal, penggantian konsonan, perubahan vokal dan penyisipan vokal. Vokal rendah /a/ akan digugurkan apabila vokal belakang [-tinggi] /yang tersedia ada dalam bunyi huruf konsonan koronal plosif // ض [d[ط [tkoronal frikatif /♣/ ص [sdan koronal getaran /r/ ر [rkonsonan dorsal plosif /q/[k dan konsonan dorsal frikatif /x/ خ [h/⊗/ غ [gmenerima vokal rendah /a/. Pengguguran vokal rendah /a/ berlaku kerana kedudukannya yang rendah dalam sistem kedudukan artikulasi vokal, berbanding vokal belakang [-tinggi] / Begitu juga, vokal belakang [-tinggi] / akan gugur apabila konsonan yang tersedia ada dalam konsonan itu menerima vokal tinggi /i, u/. Penggunaan KBIDM ini juga menyebabkan konsonan DM mempengaruhi bunyi konsonan BAQ. Dalam hal ini, konsonan BAQ mengalami penggantian konsonan dengan konsonan DM yang berhampiran iaitu konsonan koronal frikatif /Τ/, /Δ/ ذ/ , /z/ ز , /Σ/ ش, /♣/ ص , // digantikan dengan konsonan frikatif [s], konsonan koronal plosif / ض /, /digantikan dengan konsonan koronal plosif [d, t], konsonan dorsal plosif /q/ق digantikan dengan konsonan dorsal velar [k] , konsonan dorsal frikatif /x خ / diganti dengan konsonan glotis frikatif [h], dorsal frikatif /⊗/ غ digantikan dengan konsonan dorsal velar [g], konsonan konsonan glotis frikatif / digantikan dengan konsonan glotis frikatif /h/, konsonan glotis frikatif /√/ digantikan dengan konsonan glotis plosif /. Oleh itu, kesan daripada pengaruh fonologi DM ke atas pembacaan al- Quran oleh pembaca DM menyebabkan berlakunya perubahan fonologi dalam fonologi BAQ.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2558
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectFonologi Dialek Mandailing Dalam Pembacaan al-Quranen_US
dc.titleSatu Analisis Autosegmental Terhadap Pengaruh Fonologi Dialek Mandailing Dalam Pembacaan Al-Quranen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: