Interpretasi Karya Seni Visual Terpilih Bakat Muda Sezaman (2000-2013) Dari Konteks Dasar Kebudayaan Kebangsaan

dc.contributor.authorOmran Zailuddin, Mohd Firdaus Naif
dc.date.accessioned2019-09-04T07:17:10Z
dc.date.available2019-09-04T07:17:10Z
dc.date.issued2017-06
dc.description.abstractBakat Muda Sezaman (BMS) merupakan pertandingan seni visual anjuran Balai Seni Visual Negara (BSVN) yang paling berprestij di Malaysia. 40 tahun penganjurannya telah berjaya melahirkan ramai artis ternama yang kini menjadi pelopor dalam arena seni visual Malaysia dan serantau. Sesuai dengan kekuatan BMS sebagai cerminan masa depan seni visual Malaysia dan peranan seni sebagai wadah budaya bangsa, objektif kajian bertujuan untuk menganalisis dan seterusnya merungkai karya-karya seni visual terkini artis Malaysia dari perspektif budaya kebangsaaan melalui platform BMS dari tahun 2000 hingga 2013. Melalui objektif ini, kajian berhasrat untuk memahami dengan jelas elemen dan ciri-ciri visual yang menjadi identiti budaya di dalam seni visual Malaysia terkini. Objektif ini dicapai menerusi pemerhatian dan pembacaan buku-buku katalog BMS keluaran BSVN, buku-buku ilmiah, jurnal, dan kajian-kajian terdahulu yang relevan selain temu bual ke atas tiga artis dan ahli akademik yang memenangi pertandingan BMS. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, berpandukan 4 komponen teori kritikan seni Feldman E.B. (1994) iaitu penerangan, analisis, interpretasi dan penilaian. 9 karya akan dianalisis dari aspek „bentuk‟ dan „makna‟. Keputusan analisis karya akan dibandingkan dengan elemen budaya kebangsaan (triangulasi data) dan seterusnya menjustifikasi dan mengkelaskan karya-karya seni visual BMS berdasarkan 3 teras Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu, budaya rakyat asal rantau, budaya lain yang sesuai dan budaya Islam melalui teks deskriptif (descriptive text).en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8801
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectInterpretasi karya seni visual terpilih Bakat Muda Sezamanen_US
dc.subjectkonteks Dasar Kebudayaan Kebangsaanen_US
dc.titleInterpretasi Karya Seni Visual Terpilih Bakat Muda Sezaman (2000-2013) Dari Konteks Dasar Kebudayaan Kebangsaanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: