Respons Komuter Jarak Jauh Terhadap Bebanan Perjalanan Dan Impak Yang Dialaminya: Kajian Kes Pekerja Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
dc.contributor.author | Latchumanan, Ravani | |
dc.date.accessioned | 2018-01-23T01:33:37Z | |
dc.date.available | 2018-01-23T01:33:37Z | |
dc.date.issued | 2017-08 | |
dc.description.abstract | Perjalanan berulang-alik antara tempat kediaman dengan tempat kerja merupakan satu bentuk mobiliti geografi khususnya yang melibatkan perjalanan berulang-alik jarak jauh atau merentasi sempadan bandar atau negeri. Bagi kebanyakan orang, perjalanan ulang-alik merupakan sebahagian daripada pola aktiviti harian mereka. Oleh itu, corak perjalanan berulang-alik boleh dilihat sebagai hasil daripada keperluan individu untuk melaksanakan aktiviti dalam kekangan ruang-masa. Kajian ini membincangkan pola mobiliti komuter jarak jauh pekerja USM yang memilih tempat kediaman di luar Pulau Pinang iaitu di Kulim, Sungai Petani dan Bertam. Perbincangan yang dibuat adalah berdasarkan kepada hasil kajian empirikal yang menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang melibatkan responden seramai 155 orang kakitangan USM. Hasil kajian mendapati majoriti responden menyatakan bahawa jarak, masa dan kos perjalanan ulang-alik jarak jauh ke tempat kerja adalah satu yang membebankan. Kajian ini juga membincangkan impak perjalanan ulang-alik jarak jauh yang dibahagikan kepada empat item iaitu pekerjaan, kesihatan, ekonomi dan sosialisasi. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden melaporkan kesan negatif dari segi ekonomi pada tahap tinggi, manakala responden juga melaporkan kesan negatif dari segi kesihatan dan sosialisasi tetapi pada tahap sederhana. Kajian ini juga mendapati bahawa majoriti responden melaporkan kesan positif dari segi pekerjaan walaupun terlibat dalam perjalanan berulang-alik jarak jauh dan tidak menjejaskan produktiviti pekerja dan kualiti kerja. Seterusnya, kajian ini juga menilai respons komuter jarak jauh dalam mengurangkan bebanan perjalanan ulang-alik jarak jauh. Pekerja yang tinggal jauh daripada tempat bekerja perlu membuat keputusan sama ada untuk memilih tempat kediaman hampir dengan tempat kerja atau pindah kerja ke lokasi kediaman bagi mengurangkan jarak, masa dan kos pergerakan atau kekal tinggal di lokasi yang lebih jauh bagi mengambil kelebihan lokasi di tempat tersebut dan menanggung bebanan perjalanan ulang-alik jarak jauh. Dalam kajian kes pekerja USM, majoriti responden memilih untuk kekal tinggal di lokasi kediaman yang jauh walaupun mereka terbeban dengan perjalanan ulang-alik jarak jauh. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/5442 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Perjalanan berulang-alik antara tempat kediaman | en_US |
dc.subject | dengan tempat kerja merupakan satu bentuk mobiliti geografi | en_US |
dc.title | Respons Komuter Jarak Jauh Terhadap Bebanan Perjalanan Dan Impak Yang Dialaminya: Kajian Kes Pekerja Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: