Effects Of Epronouncetm In The Learning Of Pronunciation
Loading...
Date
2013-11
Authors
Fei Ping, Por
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk merekabentuk dan membangun tiga jenis mod persembahan epronounceTM, dan mengkaji kesannya dalam pembelajaran sebutan di kalangan pelajar dengan pelbagai tahap visualisasi dan kebimbangan bahasa. Tiga jenis mod persembahan itu dikenali sebagai Teks + Suara + Simbol Fonetik (TSP), Teks + Suara + Simbol Fonetik + Pergerakan Mulut (TSPM), dan Teks + Suara + Simbol Fonetik + Isyarat Muka (TSPF) yang merupakan pembolehubah bebas dalam penyelidikan ini. Pembolehubah moderator adalah tahap-tahap visualisasi dan kebimbangan bahasa, manakala pembolehubah bersandar ialah skor pencapaian pascaujian. Skor praujian digunakan sebagai kovariat dalam penyelidikan ini.
Description
Keywords
Effects Of Epronouncetm , The Learning Of Pronunciation