Indeks persekitaran teknologi petani dalam menentukan pemindahan teknologi : kajian kes Kampung Paya Luas, Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu

Loading...
Thumbnail Image
Date
1995-06
Authors
Abdul Malek, Jalaluddin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian indeks persokitaran Leknologi petani bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan persekitaran teknologi petani sebelurn pemindahan teknologi dilakukan. Isu utarna kajian ini ialah pemindahan teknologi yang dilakukan sebelurn ini kurang rnengambil kira kebolehan dan keupayaan petani. Melalui kajian indeks persekitaran teknologi, keupayaan dan kebolehan teknologi petani diklasifikasikan mengikut kontinum teknologi sama ada berteknologi tinggi, sederhana, rendah dan terendah. Kajian ini mengemukakan dua hipot:esis yang hendak diuji. Hipotesis pertama merupakan faktor-faktor yang menentukan kedudukan indeks persekitaran teknologi petani iaitu faktor kemahiran dan kebolehan petani, serta milikan kelengkapan dan infrastruktur pertanian. Hipotesis kedua ialah majoriti petani berteknologi rendah dan terendah berbanding yang berteknologi tinggi dan sederhana. Kajian ini mempunyai dua objektif utama. Objektif yang pertama ialah untuk menentukan kedudukan indeks persekitaran teknologi petani di kawasan kajian. Objektif yang kedua ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan kedudukan indeks persekitaran teknologi petani. Krwdah yanCJ d igu na kiln 11 nt 11 k m0.nentu ka n i ndeks persekitaran teknologi ialah kaedah analisis kornponen utama. Sebagai kajian kes, 100 orang petani daripada jum}al1 567 orang penduduk di Kampung Paya Luas daerah Temerluh dipilih sebagai responden kajian. Seratus orang petani ini terlibat secara langsung dengan Projek Pembanguan Pertanian Bersepadu (IADP) Pahang Barat. Analisis indeks persekitaran teknologi petani peringkat daerah di Sernenanjung Malaysia (Kecuali Wilayah Persekutuan) juga dilakukan sebagai.rujukan perbandingan. Daripada hasil analisis ini didapati, majoriti petani di kampung kajian berkedudukan indeks persekitaran teknologi rendah dan terendah. Manakala faktor-faktor yang menentukan indeks persekitaran teknologi ini ialah faktor kemahiran dan kebolehan petani, serta faktor kelengkapan dan infrastruktur pertanian yang dimiliki oleh petani. Hasil kajian juga mendapati corak kedudukan indeks persekitaran teknologi petani dan faktor penentunya di kampung kajian adalah sama dengan penemuan kajian di peringkat daerah.
Description
Keywords
Teknologi petani
Citation