Peminggiran Sosial Wanita Ketua Isi Rumah Dalam Komuniti Nelayan Bandar Di Jakarta Utara, Indonesia

dc.contributor.authorIndarwati, Indri
dc.date.accessioned2017-01-06T07:34:27Z
dc.date.available2017-01-06T07:34:27Z
dc.date.issued2016-02
dc.description.abstractPeminggiran sosial dalam kalangan wanita sebagai ketua isi rumah (WKIR) merupakan penghalang bagi mereka untuk berperanan ke arah mencapai pembangunan dan kesejahteraan sosial. Objektif utama kajian ini adalah untuk: 1) mengkaji permasalahan dan keperluan WKIR; 2) menganalisis bentuk peminggiran sosial yang dialami WKIR; 3) menganalisis pelaksanaan aktiviti pemerkasaan bagi WKIR; dan 4) mencadangkan model pemerkasaan WKIR bagi komuniti nelayan bandar di Jakarta Utara. Kajian kualitatif dengan penumpuan kepada kajian kes ini melibatkan 10 orang informan dan 20 orang peserta yang terlibat secara langsung dalam perbincangan kumpulan fokus. Kajian ini turut melibatkan pihak berkepentingan yang terdiri daripada wakil Kementerian Kelautan dan Perikanan, Kementerian Sosial, dan kerajaan tempatan. Teknik pengumpulan data adalah melalui temu bual mendalam, perbincangan kumpulan fokus, pengamatan penyertaan dan analisis dokumen. Antara permasalahan utama WKIR adalah berkait rapat dengan anggapan bahawa WKIR hanya berperanan sebagai suri rumah, dibebani dengan kerja domestik berganda sehingga memberi halangan dalam melaksanakan kefungsian sosial. Keperluan WKIR terdiri daripada keperluan praktikal dan strategik yang dihubungkan dengan program pemerkasaan wanita di kawasan Kalibaru iaitu melalui Program Keluarga Harapan (PKH) dan aktiviti pemerkasaan wanita, termasuklah latihan kemahiran. Peminggiran sosial yang dihadapi WKIR boleh dilihat daripada empat aspek iaitu kekurangan peluang memperolehi pendapatan untuk memenuhi keperluan harian; WKIR berada pada kedudukan yang rendah dalam proses pembuatan keputusan; kekurangan akses terhadap institusi perkhidmatan sosial; dan keterbatasan penglibatan dalam aktiviti budaya dan agama. Bentuk pemerkasaan WKIR melalui “Model Integrasi Sokongan Sosial”, telah diperkenalkan dengan melibatkan Unit Penjagaan Keluarga (Family Care Unit - FCU). Implikasi model kajian banyak menekankan kepada keperluan pembentukan jaringan institusi dengan kerajaan dan institusi pusat serta tempatan dalam usaha pemerkasaan bersepadu untuk WKIR. Model ini boleh dijadikan asas kepada polisi kerajaan dan seterusnya bertindak sebagai jambatan dalam menghubungkan WKIR dengan pelbagai pihak. Hasil kajian turut memberi penyelesaian alternatif kepada permasalahan WKIR serta mengenal pasti punca berkaitan sasaran perkhidmatan kesejahteraan sosial di Indonesia. Cadangan kajian masa hadapan perlu melihat akan perbezaan peminggiran sosial berasaskan kawasan perkampungan dan bandar; punca peminggiran sosial terhadap kumpulan sasar yang lain; penilaian FCU di kawasan lain dan penilaian “Model Integrasi Sokongan Sosial” secara menyeluruh.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3338
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectWanita sebagai ketua isi rumahen_US
dc.titlePeminggiran Sosial Wanita Ketua Isi Rumah Dalam Komuniti Nelayan Bandar Di Jakarta Utara, Indonesiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: