Kemiskinan Multi Dimensi: Pengkategorian Kemiskinan Golongan B40 Di Bandar Bayan Baru, Pulau Pinang

dc.contributor.authorHerman, Nurazynie
dc.date.accessioned2020-06-17T03:22:50Z
dc.date.available2020-06-17T03:22:50Z
dc.date.issued2019-02
dc.description.abstractPada masa ini, kemiskinan bandar sering dialami oleh isi rumah B40. Isi rumah B40 merupakan golongan berpendapatan rendah dan seramai 2.7 juta isi rumah B40 masih tergolong dalam golongan B40. Oleh itu, dalam keadaan Malaysia yang semakin membangun seiring negara-negara lain isi rumah B40 tidak wajar dipinggirkan untuk turut sama menikmati peluang yang terhasil daripada kemakmuran negara. Dalam usaha membasmi kemiskinan, semua pihak perlu melihat kemiskinan dari segi multi dimensi yang mana pengukuran Alkire dan Foster (2011) diguna untuk mengenal pasti isi rumah B40 yang miskin. Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti empat dimensi untuk melihat kemiskinan yang dialami oleh isi rumah B40 iaitu demografi, ruang, ekonomi dan sosial yang merangkumi 10 indikator. Kajian ini dijalankan ke atas 268 isi rumah di bandar Bayan Baru, Pulau Pinang dengan menggunakan kaedah soal selidik, temu bual secara spontan dan pemerhatian. Kaedah kuantitatif seperti analisis faktor, kaedah silang (crosstab), frekuensi dan kaedah Alkire dan Foster (Kaedah AF) juga digunakan untuk proses menganalisis. Keputusan kajian mendapati selain faktor ekonomi, faktor sosial dan ruang juga menjadi punca kemiskinan B40. Oleh itu, untuk mencapai matlamat membasmi kemiskinan. Pendekatan yang lebih tepat perlu dilaksanakan agar masalah ini dapat diselesaikan mengikut keperluan dengan cara menambahbaik kaedah pelaksanaan strategi yang sedia ada. Maka, kajian ini dapat membantu pihak berwajib menambahbaik kaedah pelaksanaan yang sedia ada agar dapat mencapai hasrat kerjaan dan SDG untuk mencapai sifar miskin.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/9718
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKemiskinanen_US
dc.subjectGolongan B40en_US
dc.titleKemiskinan Multi Dimensi: Pengkategorian Kemiskinan Golongan B40 Di Bandar Bayan Baru, Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: