Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Di Negeri Kedah, 1909-1941
dc.contributor.author | Arikrishnan, Sankar | |
dc.date.accessioned | 2019-04-12T07:32:22Z | |
dc.date.available | 2019-04-12T07:32:22Z | |
dc.date.issued | 2018-06 | |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan meninjau Perkembangan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan di negeri Kedah sejak 1909 sehingga 1941. Dalam hal ini kajian ini menilai sejauh manakah peranan dan sumbangan British dalam membangunkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Kedah antara 1909 hingga 1941. Selain pihak British, golongan kerabat diraja, pembesar dan penghulu turut ditonjolkan dalam kajian ini kerana pihak pentadbir tempatan inilah yang telah memperkenalkan dan menggerakkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan moden di Kedah sebelum campur tangan British secara rasmi di negeri itu pada tahun 1909. Perkhidmatan perubatan dan kesihatan moden ini, walau bagaimanapun, lebih dinikmati oleh golongan kerabat diraja berbanding masyarakat tempatan yang masih tebal dengan amalan perubatan tradisional. Kesedaran tentang perubatan moden dan penggunaan perkhidmatan kesihatan moden dalam kalangan masyarakat tempatan hanya semakin meningkat selepas bermulanya pentadbiran British di Kedah. Dengan memikul tanggungjawab white men’s burden malah dengan tujuan memastikan sektor ekonomi berjalan lancar demi memenuhi cita-cita penjajahan, British, dengan kerjasama yang berterusan daripada pihak pemerintah dan pembesar tempatan, berusaha memastikan segenap aspek kesihatan dan perubatan penduduk diberi perhatian dalam pentadbiran mereka. Tenaga orang Melayu dalam sektor pertanian padi, dan tenaga buruh Asia (orang India dan Cina) yang diperlukan dalam pelbagai sektor ekonomi di Kedah menyebabkan pihak British sentiasa memfokuskan kepada tahap kesihatan mereka. Hal ini kerana golongan ini merupakan sumber tenaga utama kelangsungan ekonomi British. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/7985 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Perkembangan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan | en_US |
dc.subject | di negeri Kedah sejak 1909 sehingga 1941 | en_US |
dc.title | Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Di Negeri Kedah, 1909-1941 | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: